Showing posts with label Harussani Zakaria. Show all posts
Showing posts with label Harussani Zakaria. Show all posts

Friday, 16 November 2012

HARUSSANI JAWAB KENYATAAN HARUN TAIB



 "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."

Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.

"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah,"
kata beliau. Sumber

PT
Yang penting tanggungjawab sudah dilaksanakan. mereka nak dengar atau apa pun itu cerita lain. Kita sedar, mereka merasakan diri mereka seolah-olah maksum. Pkr dan Dap yang bersama mereka juga turut maksum. Parti mereka sahaja parti Islam. Kalau lawan mereka dikatakan lawan Islam. Pkr dan Dap juga secara automatik lebih Islam daripada parti lain kerana berada dalam kelompok mereka. Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh menasihati mereka. Mereka sedang seronok kerana merasakan mereka boleh menang. Mereka sedang ditindih dan dibuai oleh perasaan mereka. Apakah mereka bukan golongan yang terpedaya? Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 15 November 2012

KES NURUL !!! KENAPA ULAMAK PAS MEMBISU - HARUSSANI

Bukan rahsia lagi kalangan ulama PAS kurang senang pada Tan Sri Harussani Zakaria.Label yang mereka dipakai pada Mufti Perak itu sebagai “ulama UMNO” acapkali menyusul khusus di laman maya oleh mereka yang tak tahan dengan komen-komen panasnya.

Namun ia tidak langsung menghalang beliau dari meneruskan perjuangan bersuara meluahkan pandangannya.

Orang-orang PAS bukannya tidak suka pada Mufti Perak kerana beliau dilihat kurang arif tentang hukum hakam atau kerana ilmu agamanya lebih rendah dari mereka tapi kerana komen-komennya sering dilihat tidak menyebelahi PAS.

Bagi Harussani, beliau berbuat demikian kerana bertanggungjawab memurnikan dan mendaulatkan lslam di negara ini.

Begitu juga hal-hal berhubung kait dengan akidah umat lslam, ia sesuatu yang tidak ada komprominya.

Terbaru Mufti Perak sekali lagi terpanggil menegur PAS khusus ulama-ulamanya berhubung komen Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “mengenai isu kebebasan beragama untuk semua termasuk orang-orang Melayu.”

Sikap mereka yang mendiam diri dari mengeluarkan komen menyebabkan Mufti Perfak rasa keciwa “kerana ia seolah-olah memberi interpretasi bahawa mereka bersetuju dengan anak mantan Timbalan Perdana Menteri itu.”

Bagi setengah pihak sikap PAS ini difahami kerana komen negatif terhadap Nurul Izzah boleh memberi implikasi buruk kepada kerjasama antara PAS dan PKR.

Tambahan pula menjelang PRU ke13, komen mereka boleh memberi “political mileage” kepada UMNO.

Sehingga berita ini ditulis, ulama PAS masih berteka teki dan enggan memberikan komen yang berbentuk “mendakwahkan” anak Anwar.

Mereka bersikap membisu melainkan satu dua orang sahaja.

Justeru tafsiran orang ramai lebih cenderung kepada kepercayaan PAS takut kehilangan Anwar jika mereka mengkritik Nurul secara terbuka.

Apakah isu ini akan menjadi topik perbahasan di Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang tidak dapat dipastikan.

Harussani yang ditemui wartawan Rabu meluahkan rasa keciwa kerana “mereka masih membisu.”

Beliau tampil dengan satu lagi permintaan—meminta mereka segera membuat kenyataan menolak pendapat Nurul Izzah.

Selain meminta para ulama memandang serius isu ini,, kenyataan Mufti Perak itu turut ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Murshidul Am PAS.

Kata Harussani orang-orang Islam wajib menasihati Nurul Izzah.

Mereka tambahnya patut meminta orang seperti itu supaya bertaubat kepada Allah.

``Kalau mereka tidak berbuat demikian ertinya mereka juga menyetujui dengan ucapannya, maka setidak-tidaknya ia boleh difahami sebagai bersekongkol dengan pendapat dia (Nurul Izzah).

“Ini adalah salah dan ini akan menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia,’’ ujarnya.

Menurut Mufti Perak lagi, memandangkan kenyataan Nurul Izzah itu amat jelas sekali bertentangan dengan akidah Islam maka Naib Presiden PKR itu harus segera bertaubat.

Katanya sebagai golongan ulama PAS yang bersekongkol dengan parti PKR, ulama mereka ataupun Nik Aziz juga perlu segera menyatakan pendirian mengenai kenyataan Nurul Izzah.

Harussani berkata Nik Aziz dan golongan ulama didalam PAS perlu segera menasihati Nurul Izzah jika tidak ia akan menimbulkan fitnah.

``Saya berharap sama-samalah kita menjaga agama kita dan janganlah kita menyayangi kerusi lebih daripada agama kita,’’ katanya.- Sumber

Monday, 24 September 2012

TIDAK BERLAKU PENCERAIAN ANTARA SAYA DAN SUAMI - VANIDAH


Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi wartawan berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,”
katanya.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”
katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

“Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive