Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts

Friday, 13 July 2012

2 DITAHAN POLIS BERKAITAN ENTRI BLOG UNCLE SEEKERS


Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya.

Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.

Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka.

Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - 
Bernama


TAK HABIS2 DENGAN MAHASEWEL SMM NI CARI PENYAKIT !!!


Setiausaha media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa membuat komen menghina sultan Johor di Twitter.

Pada jam 11 pagi semalam, kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menemui Ahmad Shukri (kiri) di pejabatnya, untuk merakamkan kenyataannya mengenai perkara itu.

Mereka nampaknya bertindak ke atas laporan polis oleh NGO Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), dan tiba dengan waran untuk menggeledah premis tersebut.

Polis juga merampas telefon dan memaklumkan kepadanya bahawa dia dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, kata Ahmad Shukri (kanan) dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Menurut SMM, beliau telah membuat komen berkaitan dengan jawatan yang dibuat oleh penulis blog Uncleseekers mengenai sultan Johor.

Bagaimanapun tidak diketahui pada masa ini apa sebenarnya komen yang telah dibuat oleh Ahmad Shukri.

Polis bertindak demikian sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Harmoni Negara.

SMM mempertahankan Ahmad Shukri hari ini, dengan menegaskan bahawa kebebasan untuk menyatakan pandangannya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.  - mStar

pT

Rasa diri hebat sangat barangkali, sehinggakan sanggup cari masalah dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya di buat. Tak habis2 dengan maslah yang ditimbulkan oleh SMM ni.. Apa pun masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 2 July 2012

UNCLE SEEKERS KEBAL SUNGGUH !!!



JOHOR BAHRU – Seramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau popular dipanggil Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya, www.uncleseekers.blogspot.com.

Susulan itu, Khairul Azli Shah Jalil, 33, yang mewakili kumpulan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

“Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” dakwa Khairul ketika ditemui. - K on9

Thursday, 14 June 2012

BIAR BETUL !!! NIZAR MEMANG JAHIL DAN BERFIKIRAN CETEK TENTANG ADAT MELAYU


NUSAJAYA: Sultan Johor berkata adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.

Oleh itu, baginda berkata, orang-orang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai tentang perkara yang beliau tidak tahu.

Sultan berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian perhimpunan negeri Johor yang kelima di sini.

Nizar, Pesuruhjaya PAS Perak, ketika mengulas tawaran Sultan untuk nombor plat kereta WWW 1 dilaporkan berkata, wang itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.

Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, Sultan berkata adalah lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.

"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?

"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak tahu perkara sebenar," titah Sultan.

Sumber : mS

Tuesday, 29 May 2012

Nombor Plat "WWW 1" Bernilai RM520,000!!!!

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive