Monday, 11 March 2013

Kerana 'Bo La Wei' Eddie Hamid Dicari Penyokong Pas Kelantan #TukarKelantan

KUALA LUMPUR - Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong fanatik parti pembangkang.


Lagu Bo La Wei ciptaannya yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini, menerima ratusan komen yang tidak berpuas hati dengan lirik lagu itu. Menurut Eddie, sebagai anak Kelantan dia mahu menggunakan haknya untuk membantu rakyat di negeri itu.

"Saya tidak takut dengan ugutan yang diterima, saya hanya melakukan perkara betul.

"Menerima komen daripada mereka yang tidak berpuas hati, saya pasti ramai lagi di luar sana yang bersetuju dengan saya," katanya yang memberitahu makna Bo La Wei sebagai cara untuk menerangkan sesuatu itu harus dihentikan.

Eddie juga memberitahu, dia kini dalam proses mencipta lagu khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjudul Untukmu Najib. - utusan


 Dari entri terdahulu

“Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan sejak dahulu lagi. Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki,” kata Eddie.

Lagu ciptaannya bersama Datuk Supardi yang dimuat naik menerusi YouTube telah mengundang kemarahan ramai dengan pelbagai komen negatif. Malah laman Facebooknya turut dibanjiri komen-komen negatif yang tidak berpuas hati dengan lagu itu. Bagaimanapun Eddie Hamid berkata niatnya hanya untuk menyedarkan anak-anak Kelantan supaya berubah ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive