Showing posts with label Lebuh Raya Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Lebuh Raya Rakyat. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

TAKKAN LAH DENGAN JAMUAN LAKSA UNTUK BUAT LEBUH RAYA RAKYAT...PENAT PUAK2 PAS NIH ???


Pasir Mas - Semalam Masjid An-Nur Kubang Bemban menganjurkan jamuan laksa bagi mengutip derma dana lebuh raya rakyat menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang dirancang kerajaan negeri.

Pengerusi program tersebut, Che Pa Che Jid berkata, kira-kira 200 kilogram laksa disediakan bagi jamuan lebih kurang 1,000 orang untuk mengisi dana wakaf projek berkenaan.

Menurutnya jumlah kutipan disasarkan kira-kira RM20,000. Kutipan juga akan dilakukan secara berterusan selepas ini. 
Kata beliau juga wang kutipan derma itu akan diserah kepada kerajaan negeri.

PT
Elok sangat la tu semua duit diserahkan kepada kerajaan negeri, kemas keming puak-puak Pas pakat kutip duit lepas tu bagi kepada para YB yang menguruskan hasil derma tersebut. Yang bangangnya ialah penduduk yang menderma secara ikhlas tetapi duit tu besar kemungkinan masuk kedalam poket YB.

Pelik betul la dengan penyokong Pas ni..takkan la langsung tak guna akal sedikit pun dalam isu ni. Logik ke untuk membina sebuah lebuh raya yang belanjanya berbilion ringgit dengan kutipa derma jamuan laksa.

Fikir-fikirkanlah wahai penganut pas, cukup-cukuplah kamu di tipu oleh peimpin-pemimpin Pas, gunakanlah akal dan jangan kita dperlakukan seperti keldai.

Monday, 30 July 2012

BIAR BETUL !!! LEBUH RAYA RAKYAT - KUTIPAN DERMA MENJANGKAU 3,600 BULAN UNTUK RM 1.8 BILION


Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.


Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun


Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu..

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.

Tuesday, 3 July 2012

LEBUH RAYA RAKYAT - EXCO BELUM LULUS DERMA DAH KUTIP...HUSAM ! HUSAM!


Masihkah ingatkah anda kepada projek lebuhraya dia yang berharga RM 1.9 bilion ? ... Kutipan derma dari orang ramai telah dilancar dan telah pun dikutip.... peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ... Bagaimana kalau Exco tak lulus ? Nampaknya rakyat Kelantan kena 'kencing' oleh Husam !!!

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 8 June 2012

BIAR BETUL !!! SEKALI NI PROJEK AMBO BERES - HUSAM


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.

“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam.

Hadir sama pada taklimat yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan ialah Mursyidul Am Pas , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Penerangan Pas, Dr Fadhli Datuk Hassan. Husam tidak menyebut secara menyeluruh berhubung perancangan yang akan dilakukan memandangkan beliau bimbang menjejaskan usaha sama pihak terlibat dalam pembinaan lebuh raya tersebut.

“Saya difahamkan setakat ini salah satu syarikat yang terlebat ini telah menerima ugutan daripada pihak tertentu supaya tidak meneruskan pembinaannya dan dikatakan projek syarikat tersebut di Seremban akan ditarik balik sekiranya ingkar dengan amaran itu,” katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, tindakan 400 peserta yang menyerahkan memorandum dan peralatan di hadapan pejabat Menteri Besar kelmarin adalah usaha untuk menyindir Kerajaan Negeri untuk menyiapkan lebuh raya tersebut

“Mereka ingat kita tidak mampu untuk siapkan lebuh raya ini, mereka ini tidak faham, kita bukannya kutip duit rakyat, malah kita juga mempunyai pinjaman RM750 juta yang akan dijelaskan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.

Selain itu, Husam berkata, 40 peratus sumber iaitu batu dan pasir adalah aset Kerajaan Negeri dan perkara itu tidak membimbangkan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan peralatannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pahala dan pihaknya bersedia untuk menerima apa sahaja walaupun ia adalah sebutir batu. 


Dengar sajalah apa yang di janjikan oleh Husam ni....
pT
Nak buat highway? Husam Musa? Projek kambing jamnapari. Projek Kelantan Koridor Depu. Dinar emas Kelantan. Bazar Tok Guru. Skim takaful warga emas Kelantan. Projek2 di atas tu,apa dah jadi? Wahai rakyat Kelantan tolong celik la mata sikit dan jangan lagi di penuhi perut dengan sejuta janji dari Husam.  Belum buat,dah minta derma,dah buat,minta derma lagi.Kalau BN yang buat macam ni, mau kena maki. Tindas rakyat la,tanggungjawab kerajaan la...apa la.Fikir-fikirkanlah!!!

Tuesday, 29 May 2012

BIAR BETUL !!! Jangan Bimbang Lebuh Raya Rakyat Akan Dapat Disiapkan - Nik Aziz







Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
    
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.
    
"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini. 
    
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. 
    
Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
    
"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.  

Semalam, Mustapa berkata, beliau tidak yakin kerajaan negeri dapat melaksanakan projek itu kerana ia melibatkan peruntukan besar dan pelaksanaannya di luar kemampuan kerajaan PAS. 
    
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin pula berkata pembinaan lebuh raya melibatkan perbelanjaan yang besar dan tidak ada lebuh raya dilaksanakan oleh negeri secara persendirian. 
    
"Walaupun ada syarikat yang mampu, ia perlu membuat pinjaman daripada bank dan bank tentunya nak tahu syarikat itu nak ambil duit daripada mana untuk bayar balik pinjaman. 
    
"Kerajaan Kelantan hari ini pun banyak bergantung kepada kerajaan pusat dalam menggerakkan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan di Kota Bharu.  

- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive