Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Perkasa Ekonomi Bumiputera!!! Jangan Sesekali Curiga

September 14, 2013 SHAH ALAM:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya jangan menaruh sebarang syak wasangka terhadap langkah kerajaan mahu meneruskan usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Tegas beliau, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bukan satu jalan pintas untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera, bukan juga mengambil hak kaum-kaum lain dan bukan menafikan kepentingan mana-mana pihak.

"Bagi pihak kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini.

"Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa," katanya.

Najib menegaskan demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini. Dalam ucapannya itu, beliau mengumumkan lima fokus untuk mengukuhkan ekonomi Bumiputera yang merangkumi antaranya usaha-usaha membangunkan modal insan melalui latihan kemahiran dan pendidikan sehinggalah kepada soal pegangan ekuiti dan hartanah.

Semua inisiatif itu akan dipantau strategi pelaksanaannya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Majlis itu menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Selain lima fokus itu, Najib juga mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Dana itu dibentuk dengan nisbah satu kepada satu antara Majlis Amanah Rakyatr dan kerajaan yang akan disalurkan secara berperingkat. LAPORAN LANJUT MENYUSUL....

Saturday, 29 December 2012

[FOTO] KEBAHAGIAAN BEKAS TUNANGAN APEK DI MAJLIS KONVOKESYEN


Apek kini sedang bahagia dan apa kata kita kisahkan sedikit tentang Aimie Harmelia atau Elia wanita yang pernah bertaktha di hati Apek.

Melalui blognya JejariRuncing, Elia berkongsi kegembiraan sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini kerana berjaya menggenggam diploma dan dia berhasrat untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama pula. Tahniah untuknya.Lupakan kisah lalu...kejar impian yang belum tercapai....


Lihat foto Elia [SINI] di Majlis Konvokesyen UITM ke 77.


Thursday, 21 June 2012

SKANDAL DINAR KELANTAN - KENAPA KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBISU?


KOTA BAHARU - Kerajaan PAS Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya, Dr Mohd Shukri Omar.

Laporan media semalam melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku 'skandal mata wang syariah' di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.

Isu berkenaan timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan berlaku salah laku yang membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis, Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Terdahulu dalam ucapanya, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu meminta pelajar supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang diberikan melalui institusi pendidikan itu. - Bernama

Saturday, 5 May 2012

Khalid Ismath Berkemungkinan Dibuang UiTM??



KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelar diri mereka sebagai Waris Wawasan (Waris) pagi tadi menghantar memorandum bagi mengesa pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tatatertib ke atas salah seorang pelajar mereka, Khalid Mohd Ismath.
Memorandum disampaikan wakil Waris, Kamal Maarof Abd Jamal kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Lobi Canselori, pagi tadi.
Ketika ditanya apakah bentuk tindakan yang mungkin boleh diambil ke atas Khalid, Sahol berkata; “jika betul Khalid bersalah, dia patut dipecat daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM”.
Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM  
Waris dipercayai bertindak menghantar memorandum itu kerana kurang berpuas hati dengan sikap Khalid yang mengeluarkan kenyataan semua polis patut dibunuh dan beberapa tindak-tanduknya yang dikata memalukan UiTM.
Khalid yang sering digelar mahasewel oleh penulis blog juga pernah ditegur seorang editor kanan sebuah akhbar kerana hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2 di sebuah universiti yang ditubuhkan semata-mata untuk membantu pelajar Melayu sepertinya.-mynewshub

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive