Showing posts with label khalid. Show all posts
Showing posts with label khalid. Show all posts

Monday, 2 July 2012

BIAR BETUL !!! KHALID NAK BELAJAR NYANYI LAGU 'OH FATIMAH' DENGAN JEFRYDIN


Penyanyi Jefrydin terima surat hakmilik tanah dari Kerajaan Selangor setelah 10 tahun menanti . Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydin Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini.

Tetapi laporan dari pembakang lain pulak jadinya... entah betul atau tidak...di war-warkan yang Jefrydin sudah join PKR. Alahai pembakang2..pT malas nak ulas panjang2  pasal artis2 serta bekas pegawai yang di beri hidayah untuk memasuki Pas adalah rata2 'bare' nak baham tanah dan dijadikan modal oleh Pas dengan membawa mereka ni kehulur kehilir, sebagai penceramah di samping meraih simpati kononnya mereka ini telah diberi hidayah dengan memilih Pas.

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday, 5 May 2012

Khalid Ismath Berkemungkinan Dibuang UiTM??



KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelar diri mereka sebagai Waris Wawasan (Waris) pagi tadi menghantar memorandum bagi mengesa pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tatatertib ke atas salah seorang pelajar mereka, Khalid Mohd Ismath.
Memorandum disampaikan wakil Waris, Kamal Maarof Abd Jamal kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Lobi Canselori, pagi tadi.
Ketika ditanya apakah bentuk tindakan yang mungkin boleh diambil ke atas Khalid, Sahol berkata; “jika betul Khalid bersalah, dia patut dipecat daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM”.
Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM  
Waris dipercayai bertindak menghantar memorandum itu kerana kurang berpuas hati dengan sikap Khalid yang mengeluarkan kenyataan semua polis patut dibunuh dan beberapa tindak-tanduknya yang dikata memalukan UiTM.
Khalid yang sering digelar mahasewel oleh penulis blog juga pernah ditegur seorang editor kanan sebuah akhbar kerana hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2 di sebuah universiti yang ditubuhkan semata-mata untuk membantu pelajar Melayu sepertinya.-mynewshub

Thursday, 3 May 2012

Khalid “Boss” Penyebaran Foto XXX Azmin Ali ???

Apa yang sedang berlegar di dalam blog-blog bukanlah memeranjatkan, sekiranya moral pemimpin-pemimpin PKR dibandingkan satu persatu, sehelai demi sehelai.

Dari Elizabeth Wong, si pencetus revolusi kerendahan moral yang diterimapakai oleh kepimpinan PKR dan penyokong mereka, termasuklah yang berkopiah dari PAS, sehingga kepada Penasihat Ekonomi, kini “madu” Azizah, iaitu Azmin Ali menjadi penyambung warisan porno hanya baru 4 tahun diberi mandat sebagai kerajaan negeri.

Tipikal Anwarista, UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan, demi menghalalkan kelakuan moral buruk pemimpin mereka. Walhal, politik dunia tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada mereka yang terbabit di dalam skandal seks untuk terus berada di dalan lanskap politik semasa. Hairan, di Malaysia, ramai muka tidak tahu malu terus diberi peluang, dan yang memberi peluang tentunya lebih pariah dan hina kerana membiarkan perkara ini berlaku. Idea Barat yang menjadi kiblat mereka rupanya bersifat “selective”, dan bukannya bersifat telus.

Sedang gambar-gambar foto yang dipercayai diambil dari CCTV berlegar di segenap ruang maya menyebabkan Azmin Ali pening kepala, sebenarnya ada satu lagi skandal yang melibatkan kamera tersembunyi yang masih “disembunyikan” oleh Khalid Ibrahim. Peristiwa penemuan kamera yang didakwa disorokkan di sebalik langsir di dalam bilik menteri besar suatu ketika dulu masih belum terungkai.

Persoalannya, siapakah yang mempunyai akses ke bilik menteri besar itu? Apa dan siapa yang terkandung di dalam kamera berkenaan? Pastinya ada “sesuatu yang di luar kebiasaan” yang berlaku di dalam bilik berkenaan, sehingga ada pihak yang dapat menghidu.

Yang pasti, ia tentunya dilakukan oleh musuh Khalid Ibrahim, dan individu yang bertanggungjawab itu pasti seseorang yang dipercayai oleh PKR kerana akses mudah ke bilik milik seorang Menteri Besar. Dan tidak dinafikan, ada kemungkinan ia adalah hasil kerja “orang dalam”.

Mujur, apa yang terkandung di dalam kamera itu masih lagi tersimpan rapi dan sehingga kini, Khalid Ibrahim terselamat dari sebaran foto tertentu.

Menurut makluman dalaman PKR, perang dingin di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama terjadi, gara-gara Azmin mengidamkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor. Anwar sendiri dikhabarkan beberapa kali “naik angin” dengan Khalid, dan lebih suka sekiranya Azmin berada ditampuk pemerintahan Selangor. Berikutan daripada itu, sudah ada, kata-kata nakal yang mengaitkan Khalid Ibrahim dalam skandal penyebaran foto terbaru Azmin Ali. Ia bersifat balas dendam, dengan menggunakan method yang pernah cuba dikenakan ke atas Khalid. Cuma, kali ini, method makan tuan. Itu kata nakal politik.

Apapun, kita tidak boleh biarkan teori ini begitu sahaja, kerana segalanya mungkin, demi penguasaan total kepada negeri paling maju dan kaya di Malaysia.

Namun, kini Azmin yang terperangkap. Siapa punya angkara? Diimbas dari tertangkapnya bekas kekasih Elizabeth Wong, Azmin dilihat gubra dan senyap buat satu jangkamasa yang lama. Nama Azmin dikaitkan oleh bekas kekasih Eli Wong sendiri. Jangan lupa, isunya berkenaan dengan penyebaran foto bogel Eli, dan Eli dikenali sebagai sangat rapat dan mesra dengan Khalid Ibrahim. Eli terkantoi, Khalid Ibrahim terlepas.

Moral of the story, Selangor dipimpin oleh pemimpin yang rendah moralnya. Dan jika mandat terus diberikan kepada mereka pada PRU13 nanti, itu bermaksud pengundi mereka lebih hina dari binatang, kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir. - SelangorDailyDotCom-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive