Showing posts with label Miskin. Show all posts
Showing posts with label Miskin. Show all posts

Tuesday, 11 December 2012

RENUNGAN !!! KISAH BENAR YANG JARANG DIDENDANGKAN



Cerita ini adalah kisah benar dari pengalaman seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. 

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." 

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. - sumber



Monday, 16 July 2012

FOTO TERKINI !!! 3 BERADIK MEREMPAT DALAM KUBU JEPUN



Laporan Sinar Harian pada 15hb Julai 2012....

KAMPUNG NIPAH, Bachok – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup.

Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.

Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.

“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.

“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.


Susulan dari laporan tersebut PT bersama blogger Gelombang Kick telah membuat tinjauan  untuk melihat keadaan sebenar tempat tinggl 3 beradik tersebut. Memang terharu sangat-sangat melihat tempat tinggal mereka. Nak ulas panjang pun tak guna tapi lihat dengan mata dan hati  foto-foto yang sempat dirakam...


Beginilah nasib diriku....



Pandangan luar kubu

Pandangan dalm kubu..tempat tidur mereka

Lembat dan hapak

Beralaskan tilam yang sudah usang

Pondok tempat mereka berteduh disiang hari..

Beralaskan kayu terbuang

Tempat mereka memasak 


Tempat pinggan dan peralatan dapur...

Tidak termampu untuk PT fikir bahawa masih ada lagi rakyat Kelantan Negeri Berkebajikan tinggal di atas ran dan juga didalm kubu peninggalan zaman Jepun. Apakah pemimpin di kedua belah pihak hanya berdiam diri sahaja atau memejamkan mata atau memekakkan telinga untuk mendengar dan melihat masalah rakyat.

Pelik tapi benar masih ada lagi yang mengalami nasib sedemikian rupa. Tidak guna kita hanya mengenang nasib malang 3 beradik ini..tetapi inilah hakikat sebenar. Walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan dalam segala2nya..mereka bertiga tabah meneruskan kehidupan.

Siapakah yang harus di persalahkan dalm isu ini? Adakah pihak Kerajaan BN yang melaungkan slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan" atau Kerajaan Pas Kelantan yang menekankan 'Kerajaan Berkebajikan"? Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

P/S : Laporan lanjut dan video akan menyusul di blog gelombangkick.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive