Thursday, 5 July 2012

WAN SHADES SAMAN ROTIKAYA.COM

Mohamad Faizal Mohd Ali bekas penyanyi kumpulan Shades atau lebih dikenali dengan nama Wan Shades, menuruskan niatnya untuk mengambil tindakan saman terhadap blog hiburan rotikaya.com dengan dakwaan telah memfitnah dirinya pada artikel bertarikh 20 Feb 2012 lalu yang bertajuk “Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun”.

Menurut Wan, beliau meneruskan tindakan saman itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut agar lebih berwaspada dan lebih beretika ketika membuat sesuatu spekulasi atau tuduhan melalui mana-mana artikel.

“Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada blogger yang adakalanya mengambil remeh etika dalam penerbitan.

“Saman ini adalah untuk memperingati pihak tersebut ; sungguhpun berada dalam medium media yang bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis dan memfitnah sesuka hati tanpa mengikut etika dan membuat research yang betul sehingga boleh mengaibkan pihak yang tidak sepatutnya,” Ujar Wan lagi.

Menurut Wan lagi, dakwaan tidak benar dari artikel berkenaan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti hiburan juga selaku Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Rukun Tetangga Gombak Setia.

Wan juga memberitahu bahawa beliau telahpun bersemuka dengan pemilik blog hiburanberkenaan ketika dipertemukan dalam rakaman sebuah program “Awal Lagi” di siaran TV9 baru ini.

Ketika itu, pihak blog berkenaan telahpun memohon maaf kepadanya secara terbuka dan beliau sebagai seorang islam, menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.

“Sebelum ini saya telah memberikan tempoh 7 hari untuk pihak portal tersebut membuat permohonan maaf namun mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian, akan tetapi saya tetap maafkan.

“Apabila blogger itu memohon maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telahpun memaafkan mereka. Akan tetapi dari segi kerjaya saya tetap akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut,” ujarnya lagi.

Sungguhpun demikian, Wan agak kecewa apabila pihak portal hiburan tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu dan seolah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera sahaja.

Dalam masa yang sama, Wan turut menafikan bahawa tindakan ini adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan.- mStar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive