Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Monday, 5 August 2013

[FOTO] Makcik Tua Bertudung Labuh Ucap Raya Bersama Anjing!!!

Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya. Dunia dah maju, zaman dah berubah. Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.

Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email. Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya. Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).

Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan. Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.

Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”

Sekejap.. Apakah yang dimaksudkan dengan AlKalb The HALAL DOG? HALAL DOG? LIKE SERIOUSLY ‘HALAL’? Kakak-kakak dalam gambar ni jangan main-main isu halal haram. Apa motif utama muat naik gambar bersama anjing dengan ucapa hari raya sebegitu?

Suka untuk saya berkongsi petikan daripada artikel kami sebelum ini berkaitan sudut pandang agama Islam berkaitan anjing. Cubalah jadi penganut agama Islam yang ‘lebih sensitif’ terhadap isu-isu sebegini supaya tidak mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penganut agama yang sama.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia sebahagian besar berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama:

Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Lagi hujah ingin dikongsikan, daripada Abdullah bin Umar dia berkata:

“Aku mendengar Baginda bersabda:

Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata:

“Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (Riwayat Muslim)”

Justeru, kita sebagai umat Islam harus sedar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith. Sebelum ini kecoh apabila seorang wanita bergelar jurutera, Maznah Mohd Yusof @ Chetz memuat naik video dia bersama anjing-anjing belaannya menyambut Aidilfitri dalam bersama ucapa raya.

Video tersebut turut diselangi dengan takbir raya yang menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dengan video tersebut. Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu berkaitan halal haram serta hukum-hukum di dalam Islam dijadikan isu gelak tawa.

Sumber

Sunday, 4 August 2013

Ibu Anjing Koyak Mulut Menyalak Kembali???

PETALING JAYA: Seorang peguam kepada pelatih anjing Maznah Mohd Yusof mengkritik seorang timbalan menteri yang mengatakan bahawa dia "lemah akhlak" dan "memerlukan pemulihan." Latheefa Koya berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bersifat prejudis kepada hak-hak undang-undang Maznah sebagai individu yang disiasat.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Maznah memerlukan pemulihan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana lemah akhlaknya. Maznah, juga dikenali sebagai Chetz, mendapat perhatian di kalangan media sosial selepas video dia menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya, yang dibuat tiga tahun lalu, telah dimuat naik ke YouTube pada minggu lepas.

Beliau ditahan pada Rabu lalu dan dibawa ke Segamat sebelum dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat. Latheefa berkata kenyataan Jailani adalah "berniat jahat, tidak berasas dan prejudis kepada hak-hak undang-undang Chetz Yusof."

"Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

"Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima," kata mereka. Sementara itu, Latheefa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Maznah tidak lama lagi untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang.

Beliau berkata, keadaan Maznah baik cuma kepenatan kerana kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

Friday, 2 August 2013

Gegar!!! Anjing Dibela Manusia Anjing Didedahkan.

Jurulatih anjing,Maznah Mohd Yusof berkata,mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.

Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram.

“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam.Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.”

Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing,Maznah berkata,kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya.

“Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan.

“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang.Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut,dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati. Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).

“Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga.Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya.

Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni,Golek,Ciku,Oren dan Ross. Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.

“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,”katanya.Ekoran itu,dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.

“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,”katanya.Justeru,Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.

“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki.Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung,Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Sumber

Wednesday, 5 June 2013

[FOTO] Ini Pulak Blogger PR Hina YDP Agong Anjing???


PT
Mangkuk ni sebenarnya menghina dirinya sendiri setaraf anjing dan babi saja pemikirannya. Mungkin semasa dia dalam perut ibunya lagi dia telah disusui dengan susu anjing dan babi barangkali??? Jadi perangai mangkuk ni pun jadi macam anjing dan babi jugak.  

Takkan KDN hari-hari nak menghadap puak-puak mereka saja..secara matematik mereka sudah buat perkiraan dalam hal ini.Habis te
ruk pun kalau sabit kesalahan bayar denda saja. Mana boleh tarik balik hak warganegara ke??!! Apapun mereka memang sudah rancang semua ni sudah lama. Mereka sudah siap 10 langkah di depan kita.

Kita baru dok berhujah, baru nak berhujah tentang ini tetapi mereka sudah standby nak menggerakkan yang lain pulak. Memang mereka dah susun nak punahkan semua ni. Sepatutnya puak-puak ni yang sepatutnya dihentam oleh penceroboh Lahad Datu, mereka ni langsung tak peduli tentang PERLEMBAGAAN NEGARA!!!

Dan ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus memperbodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai menjadikan negara semakin tidak tenteram.

Tuesday, 11 September 2012

VIDEO !!! KEMANA HALA TUJU MISLINA DAN ATANNYA ???



Video ini rasanya dimuat naik bagi memperlihatkan kehebatan projek dan pemikiran Mislina Mustaffa, salah seorang peserta Occupy Dataran tidak lama dahulu.

Projek hidup tanpa rumah atau hidup gelandangan — mula cakap rasa aman takda rumah…lepas tu cakap kalau ada rumah hendak ada halaman besar supaya boleh bela anjing.

Dan macamlah beratus ribu orang tak berumah kat Malaysia ni sampai nak buat projek yang entah apa-apa.

Lepas tu ada cerita pasal anjing dia pulak yang bernama Atan. Siap main kejar-kejar di taman lagi.

Sian la sesiapa yang nama betul dia Atan…hampir setaraf dengan anjing Mislina Mustaffa aje rasanya ni.

Ada jugak bagi pandangan pasal Islam melalui pemikiran lojik akal dia.

Sepatutnya sebagai penyokong tegar pembangkang, pemimpin pembangkang atau sesiapa sahaja luangkan sedikit masa bawak berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru rasanya mungkin boleh berikan teguran yang masuk kepala Mislina Mustaffa.

Kalau duk cakap ikut lojik akal tanpa ada panduan dan guru, memang sesat la akhirnya.

Mislina Mustaffa - Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya
Takkan PAS asyik luang masa untuk Abby Abadi aje. Kang betul pulak kata Dr Asri (Dr Maza);
“Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” kata Dr Maza dalam entri blognya baru-baru ini.
Agaknya Mislina Mustaffa kurang comel kot pasal berkepala botak dan ala-ala tak mandi, so tak berapa laku kot.

Dan adakah Mislina Mustaffa produk plurisme agama yang dikaitkan dengan salah seorang pemimpin utama pembangkang?

Tonton la video di bawah untuk memahami gaya pemikiran Mislina Mustaffa.


Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive