Sunday, 4 August 2013

Ibu Anjing Koyak Mulut Menyalak Kembali???

PETALING JAYA: Seorang peguam kepada pelatih anjing Maznah Mohd Yusof mengkritik seorang timbalan menteri yang mengatakan bahawa dia "lemah akhlak" dan "memerlukan pemulihan." Latheefa Koya berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bersifat prejudis kepada hak-hak undang-undang Maznah sebagai individu yang disiasat.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Maznah memerlukan pemulihan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana lemah akhlaknya. Maznah, juga dikenali sebagai Chetz, mendapat perhatian di kalangan media sosial selepas video dia menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya, yang dibuat tiga tahun lalu, telah dimuat naik ke YouTube pada minggu lepas.

Beliau ditahan pada Rabu lalu dan dibawa ke Segamat sebelum dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat. Latheefa berkata kenyataan Jailani adalah "berniat jahat, tidak berasas dan prejudis kepada hak-hak undang-undang Chetz Yusof."

"Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

"Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima," kata mereka. Sementara itu, Latheefa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Maznah tidak lama lagi untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang.

Beliau berkata, keadaan Maznah baik cuma kepenatan kerana kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive