Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Celaka!!! Sup Babi Untuk Umat Islam Berbuka Dari Babi Alvin & Vivian...


Entah apa yang ingin dicari mereka berdua. Selepas mencipta kontroversi benda-benda bodoh dan terlampau bodoh sebelum ini, kali ini Alvin dan Vivian mencipta kontroversi bodoh sekali lagi.


Mereka memuat naik gambar kontroversi di Facebook milik mereka berdua malam Khamis, gambar yang memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan dengan perkataan ‘Selamat Berbuka Puasa’

Ajak umat Islam berbuka puasa dengn sup babi dan seolah-olah menghina umat Islam dengan perlakuan sebegini. Juga apa pula tujuannya meletakkan sijil halal pada gambar tersebut.

Ada yang berkata mereka berdua ketagih publisiti murahan untuk terkenal walaupun sebenarnya tak tara mana pun.

Kontroversi yang dilakukannya seolah-olah halal di pihak kerajaan. Apa tindakan kerajaan Malaysia kerana dia melucαh dan menyebarkan bahan lucαh sebelum ini. Juga apa tindakan pihak kerajaan atas penghinaan ke atas umat Islam yang dilakukan kini.

Friday, 3 August 2012

KITA BERPUASA TAPI JAGA ...... !!!



Sempena bulan puasa nie.... kita disarankan agar pesan berpesan.... Nasihat menasihati.... Supaya sumernye mendapat keberkatan.... Aku tau ramai yang berpuasa... Tak makan dari subuh sampai la maghrib.... Tapi aku pernah dengar orang mengajar pasal puasa yang sia-sia.... Ramai di kalangan dari kita nie....Berpuasa tapi sia-sia....puasa yang kosong.... Camner ek?

Berpuasa tapi tak solat - Nie kes berat.... Ibarat korang buat rumah... tapi tak pacak tiang... Rumah tanpa tiang.... Atau pun korang nak pegi ke KL nak naik LRT.... Tapi train LRT tu takde! Haa....macam tu la... Puasa nie memang sangat sia-sia...

Berpuasa tapi tak jaga mulut - Perut dah kosong dah nie....tapi mulut pulak penuh dengan gosip dan umpat mengumpat..... Orang tu macam tu macam nie.... Orang nie macam tu macam nie.... Yang orang tengah bercakap tu camner pulak? Tampal mulut.... istighfar bebanyak....

Berpuasa tapi tak jaga mata - Mata tu duk lilau-lilau tengok aurat.... "Eh...mana ada! Aku puasa la!"... Puasa la sangat..... Tak semestinya tengok aurat orang kat bazar....atau kat shopping mall... atau dekat parking lot... Dekat televisyen tu haaa.....dekat komputer tu haaa... dekat henset tu haaa.... Sila la ikhlas berpuasa... :)

Berpuasa tapi tak jaga telinga - Mata dah tutup dengan kain hitam dah... mulut dah ditempel selotape dah nie.... telinga pulak duk dengar lagu-lagu hiburan yang melalaikan..... Lagi teruk kalau duk dengar lagu yang ada lirik mencarut tu... Lagu raya nak masukkan jugak tak? he he...Tepuk dada tanya iman....Kurangkan la... sempurnakan puasa dulu....

Berpuasa tapi tak jaga hati - Anggota luar nie dah sempurna ditutup ngan kain dah nie...dah macam hantu bungkus dah sebab nak jaga punya pasal.....Tapi hati pulak duk dengki sana....dengki sini.... hati pulak duk mengumpat sana...mengumpat sini.... hati pulak duk marah sana marah sini..... Nie pun termasuk puasa yang sia-sia....

Secara kesimpulannya.... puasa bukan dimaksudkan berlapar dahaga je..... Puasa nie adalah menjaga segenap segi... Dari mata ke hati... Waah...dah macam cinta pulak kan....dari mata turun ke hati.... Dan sememangnya macam tu pun....Sebab kalau sempurna puasa kita...maknanya kita ke arah menyempurnakan CINTA KEPADA ALLAH... Ye dak? :)

Sama-sama la perbaiki.... Yang paling penting....SOLAT JANGAN TINGGAL..... Segala amalan tidak dikira jika korang meninggalkan solat... Sempurnakan solat dulu... Maka baru ibadat lain menuju ke arah kesempurnaan....memang takkan sempurna....tapi kita cuba yang terbaik.... Ni tidak... baru bertatih dah tepuk dada kata sudah cuba yang terbaik.... Sudah rasa cukup dengan hanya merangkak... Tapi bila urusan dunia... Berlari laju pun rasa tak cukup.... Sehinggakan terbang pun masih belum puas... Masih sangat jauh lagi.... Masih mentah lagi sebenarnya kita nie....

Isikan mulut kita dengan istighfar, tahlil, tasbih dan tahmid..... Isikan mata kita melihat ayat-ayat suci... Isikan telinga kita dengan alunan ayat-ayat suci.... suburkan hati dengan perkara-perkara yang suci... Itu baru BERPUASA..... dan lebih baik jika perkara yang dilakukan di bulan puasa nie diteruskan sehingga ke akhir hayat...

P/S: Sekarang aku sedang mengisi kebaikan dijari jemari dengan menaip entri pesanan macam nie... Korang pun boleh join jugak....dengan menge "SHARE" kan kepada kawan-kawan.

Sunday, 22 July 2012

PONTENG PUASA - DATUK DITAHAN

BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

"Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan 'panas' tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

"Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu," katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam 

yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.

Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. - sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive