Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

Apa Cerita Dinasti Lim Ni??? Sampaikan Terdedah!!!


Pendedahan terbaru mengenai kepincangan DAP.

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Baca seterusnya di sini : http://thedapinsider.blogspot.com/

Tuesday, 18 June 2013

Penebat Kilat Runtuh!!! Kelajuan 130km Sejam (130km/j) Hentam Kereta Lim


GEORGE TOWN: Apakah jenis kuasa yang menyebabkan sebuah jalan pecah dan mengakibatkan sebuah kereta terbenam sehingga enam meter ke bawah tanah?

Menurut seorang pakar kejuruteraan, tenaga yang menghempap kereta Honda City yang dipandu oleh Lim Chin Aik adalah bersamaan dengan tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.



Kapasiti penuh bagi setiap bas henti-henti adalah 60 penumpang dan pemandu.

Arkitek berusia 35 tahun yang berpangkalan di Singapura, Clifford Tan membuat pengiraan mengenai daya impak ke atas kereta yang dipandu oleh penjual nasi, Lim apabila penebat kilat sepanjang 38 meter dan sebahagian daripada “dinding sayap” yang memegangnya jatuh dari bumbung Menara Umno setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister.

Tan berkata, serpihan itu “akan memusnahkan apa yang dikenakannya”.

Serpihan yang melambung jatuh ke bawah itu akan menghasilkan halaju yang tinggi apabila menjunam, katanya dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon dari Singapura.

Beliau berkata, ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan apa-apa yang telah dihancurkan atau dihempap dengan tenaga kuasa daripada serpihan yang jatuh itu.

Nasib pemandu masih tidak diketahui tetapi dia dikhuatiri terbunuh.

Tan, yang menyiarkan penemuan beliau pada akaun Facebook peribadinya, merujuk kepada ribut yang dahsyat, yang menyebabkan penebat kilat dan penyokongnya yang merupakan dinding sayap konkrit terjatuh.

Runtuhan serpihan itu turut menyebabkan seorang pembantu pemandu lori dari India maut.

Tan menganggarkan bahawa jisim konkrit yang runtuh itu sahaja hampir 100 tan metrik.

Dengan rangka keluli, struktur antena keluli, aluminium pelapisan dan komponen sampingan yang lain, jumlah jisim struktur yang jatuh itu mungkin seberat 110-120 tan metrik, katanya.

Bagi daya impak, beliau menganggarkan, kira-kira 1143333 N (newton) atau 1,143 kN.

Meletakkannya sebagai satu perspektif: jika anda meletakkan sau botol air seliter di tangan anda, yang mengenakan daya ke bawah kira-kira 10N (9.8N) di tangan anda.

Daya impak serpihan itu adalah 114,333 kali daripada itu.

Selain itu, beliau berkata, ia adalah bersamaan dengan tujuh bas Rapid Penang yang penuh muatan yang memberi kesan kepada seorang individu pada kelajuan 133 kilometer sejam (133km/j).

Sebuah tapak lantai konkrit biasa bagi sebuah bangunan pejabat direka untuk membawa beban sebanyak 1.5 hingga 2.0kN/ meter persegi, manakala kawasan beban berat seperti dok muatan biasanya lima kN bagi meter persegi.

Tambahan berat beban papak lantai, sebagai contoh gudang dan kilang-kilang, biasanya diberi nilai antara 10-20kN/bagi meter persegi.

"Saya menganggarkan bahawa dinding sayap jatuh dari anggaran ketinggian 70 meter dan akan menyebabkan apa-apa yang dikenakannya akan musnah," kata Tan.

Tan menegaskan bahawa beliau tidak membuat spekulasi mengenai runtuhan itu tetapi hanya menawarkan pemerhatian berdasarkan pengetahuan mengapa kereta itu hancur sehingga menjadi kepingan. - Sumber

Monday, 3 June 2013

Terbongkar!!! RM7000 Sebulan Untuk Red Bean Army???

Sebahagian payroll tentera kacang ini ditanggung oleh syarikat kontraktor kroni kepada ketua menteri regim DAP Pulau Pinang.

Ada juga tentera kacang ini dibayar gaji mereka oleh syarikat GLC kerajaan negeri.Contohnya April 2012 Ultrakiasu rasis chauvanis Lim Guan Eng telah melantik seorang blogger DAP Chris See Lee sebagai pengurus didalam salah sebuah syarikat GLC negeri .

Hebat! Blogger DAP di lantik Lim Guan Eng sebagai pengurus di PDCC secara terus tanpa melalui sebarang proses temuduga dengan gaji bulanan sekitar RM7ribu sebulan. Menurut sumber,Chris Lee juga adalah sebahagian daripada Red Bean Army ,sejauh mana penglibatan beliau harus disiasat oleh pihak Polis.

Dikhabarkan ketika itu… arahan diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Bos Besar PDCC En Iskandar (anti melayu proksi DAP) agar memberi jawatan sebagai pengurus kepada Chris Lee.

Yang menjadi persoalan kenapa dan mengapa Chris Lee di lantik sebagai pengurus di sebuah syarikat konsultan PDC sedangkan lebih ramai lagi yang berkelayakan dan sesuai berada didalam PDCC. Blogger ini hanyalah lulusan IT dan tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan sivil mahu pun berpengalaman dalam mana mana bidang pembinaan.

Apa yang hebat sangat hingga dilantik tanpa perlu melalui proses temuduga? Adakah perlantikan Chris Lee hanyalah sebagai turn key membayar gaji beliau untuk membuat kerja propaganda DAP yang langsung tidak membabitkan urusan kerja PDCC sama sekali.? - Sumber

Friday, 5 April 2013

Hancur !!! [Foto] Pengarah Pilihanraya Bayan Baru Di Tandas Tersebar ??? #tolakPR #GE13

Pengarah Pilihanraya Bayan Baru , Tan Seeng Keet baru-baru ini heboh di laman maya dengan ceritanya mempunyai hubungan intim dengan Naib Pengerusi Wanita Bayan Baru iaitu Karolin (wartawan Malaysiakini).


Gamabar yang dipaparkan jelas Tan Seeng Keet sedang mengadakan hubungan intim bersama skandalnya Karolin didalam tandas sebuah hotel di Pulau Pinang. Gambar yang diambil sendiri oleh beliau akhirnya berjaya terlepas keluar dari camera peribadinya hasil daripada gerakan halus musuhnya yang sudah meluat dengan sikapnya yang gemar bertukar-tukar perempuan.



Ini juga adalah punca mengapa Anwar Ibrahim ingin meninggalkan Permatang Pauh untuk betanding di sebuah lagi lokasi. Menurut khabar angin menyatakan bahawa Anwar akan bertanding di kawasan Ipoh Timur yang dianggapnya adalah sebuah kawasan yang selamat untuk dirinya bertanding. Menyedari bahawa gerakan halus untuk menjatuhkanya di Permatang Pauh telah pun dimulakan oleh ahli PKR sendiri.

Adakah rakyat Pulau Pinang akan mengambil keputusan untuk terus mengundi DAP dan PKR didalam PRU-13 akan datang ? Wallah Hu Alam . Pada firasat, lebih baik fikirkan dulu baik-baik sebelum keputusan untuk memilih DAP atau PKR terus mentadbir Pulau Pinang.

Sumber : Ohpolitik.blogspot.com

Thursday, 14 February 2013

[VIDEO] PAKATAN KATA KONSERT ARAK TAK SALAH KERANA AJURAN DAP ???

SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.





Where-the-party-2012-18-480x320

Where-the-party-2012-15-480x320




















Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut. 
Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.


Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.
Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini. 
Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan ‘mencedok dan mengubah’ lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.


SETERUSNYA DI SINI


Monday, 11 February 2013

[VIDEO] BLOGGER PEMBANGKANG SABOTAJ GANGNAM STYLE #CNY

Bukan main gembira lagi puak-puak cai bila segelintir penonton konsert PSY di Penang sebentar tadi melaungkan kata-kata "NO!!!" ketika ditanya oleh DS Najib Razak "Are You Ready For BN...?"


Untuk pengetahuan pencacai yang percaya sangat dekat Amenoworld ni..dia ni tak tahu apa-apa pun...yang dia tahu hanya tabur fitnah dan wujudkan persepsi buruk..itu sahaja...
Tak ada pun penonton jawab READY..
ini jer dah menunjukkan Amenoworld memang kaki Fitnah...

Dalam ucapan DS Najib, beliau bertanya 2 soalan dan mengulangi 3 kali...


1) Are You Ready For PSY ???
Penonton menjawab YES dan pencacai menjawab NO dalam nada yang PERLAHAN

2) Are You Ready For PSY ???
Penonton menjawab YES dan pencacai menjawab NO dalam nada yang KUAT SEDIKIT

3) Are You Ready For PSY???
Penonton menjawab YES dan pencacai kekal menjawab NO dengan nada yang KUAT...tak percaya? dengar berulang kali durasi 18 saat

4) Are You Ready For BN???
Penontonton kekal menjawab YES tapi ditenggelamkan suara pencacai yang merakam yang menyebut NO...begitula yang terjadi ketika DS Najib mengulangi sehingga 3 kali...

Video yang dikeluarkan tersebut sebenarnya telah dirakam oleh penyokong tegar pakatan yang datang ke majlis rumah terbuka tersebut dengan niat untuk mensabotaj..jika didengari...suara cacai yang rakam video tersebut adalah paling kuat sek
ali...




SETERUSNYA KLIK [SINI]


Thursday, 24 January 2013

GAMBAR 'KHALIFAH' GUANG ENG DIPIJAK PENYOKONG PAS ???

PULAU PINANG - Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.

Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.

Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana kami ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah. Dalam masa yang sama kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih" katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.

Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas Kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas Wajib Keluar Pakatan', 'Kami Pertahankan Majlis Syura Pas' dan Meminta Orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.

Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera Dap dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen itu tidak keluar.

Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Karpal dilaporkan berkata langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu. Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Saleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz terlalu takut menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.

"Saleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian. Apa yang Setiausaha Agung Dap dan Karpal beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas"

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR juga turut menjadi sasaran kecaman.

Friday, 28 September 2012

BIAR BETUL !!! PEMUDA PAS DITANGKAP KHALWAT ???


Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada pemuda Unit Amal PAS Pulau Pinang apabila ditangkap dan dipukul oleh sekumpulan penduduk setempat di Taman Pauh pukul 4.00 pagi semalam yang baru sahaja lepas beromen dengan perempuan Indon. 



Itu bukanlah yang pertama terjadi, rupanya dah banyak kali berlaku. Pemuda PAS tersebut telah menjadikan rumah budak perempuan Indon macam rumah sendiri. Bila dah bebas keluar masuk, maknanya bebas jugalah nak buat apa saja termasuk berzina. Baru semalam mamat ni dapat ditangkap. Pandai-pandai tupai melompat, ke tanah jua jatuhnya. Itulah kau dah sedap meratah badan budak Indon, sekarang badan kau pulak kena ratah dengan orang kampung. Apa rasa sakit ke sedap?.

Kereta yang digunakan oleh pemuda itu terpampang muka Nik Aziz dan pelekat PKR. Pada hematnya bila orang nampak gambar Nik Aziz, orang akan beranggapan beliau seorang mulia dan maksum. Dia lupa yang gambar Nik Aziz dan pelekat PKR tidak menjanjikan apa-apa kalau perangai sendiri macam setan dan berkiblatkan nafsu.


Bukan ke ahli Unit Amal PAS terkenal sebagai orang yang mulia dan celik agama. Tapi masih sanggup buat perkara yang tak senonoh. Kenapa agaknya?. Adakah belum habis menuntut dengan tok guru? Atau berkhalwat dan berzina adalah salah satu pra syarat yang ditetapkan dalam PAS untuk menjadi mulia dan maksum?.

Sumber :  http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/09/pemuda-unit-amal-pas-ditangkap-khalwat.html 


PT
Nik Aziz dah tengok dan tilik bahawa mana-mana ahli Pas tak bersalah dan akan di ampunkan oleh Allah.

Sunday, 23 September 2012

PENANG - 300 AHLI PAS LOMPAT DAN KELUAR PARTI SERTAI UMNO !!!



BERITA TERKINI DARI PULAU PINANG: Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 300 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

PT
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Wednesday, 1 August 2012

BIAR BETUL !!! DAP DAN REPLIKA BOTOL ARAK TERBESAR DI MALAYSIA ???

Replika Botol Arak Terbesar di Malaysia : Tak percaya?…tengok gambar. Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town , Pulau Pinang.



Menambahkan persoalan apabila replika botol arak yang terbesar di Malaysia tersebut dikatakan diletak berdekatan dengan replika atau perhiasan khas untuk sambutan hari raya Aidil Fitri.

Replika yang diletakkan sebanyak 400 botol arak biasa itu pastinya menjadi perhatian disebabkan saiznya yang besar dan tinggi. Apatah lagi ianya terletak berdekatan dengan jalan.
Eyriqazz Vs Denaihati
Persoalannya, mengapakah ianya diletakkan disana disaat umat Islam sedang dan bakal menyambut hari raya Aidil Fitri nanti?

Gambar dan cerita replika ini telah tersebar menerusi laman web. Adakah sebelum keputusan untuk membinanya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ambil kisah dengan sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya?



Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive