Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

Edisi Tipu Rakyat II Rejim Pas Tipu Geran Tanah !!! #TukarKelantan

TANAH MERAH – “Kami mahu hak kami! Kami sudah jelaskan bayaran hampir RM2000, sepertimana yang telah diarahkan. Mana geran tanah kami?”. Itu antara luahan kecewa hati Mohd Daud Mohamad, 69, peneroka yang sudah puluhan tahun tinggal di sini.

Bukan itu sahaja malah 49 orang peneroka lagi mengalami masalah yang sama. Katanya, dia sudah jelaskan bayaran itu sejak tahun lepas lagi, tetapi hingga sekarang, dia belum menerima geran tanah tersebut.

“Kami di sini semuanya bimbang. Hasil dusun yang kami usahakan puluhan tahun yang lalu, berkemungkinan satu hari nanti dituai oleh orang lain,” katanya.

Justeru Mohd Daud mengharapkan geran tanah itu diberikan segera bukan sahaja kepadanya malah kepada peneroka lain yang jelaskan bayaran tersebut.

“Kami bergolok bergadai jelaskan bayaran itu tetapi sehingga ke hari ini, sudah hampir lapan bulan menunggu geran tanah tersebut. Jadi janganlah aniayai kami yang sudah uzur ini,” katanya.

Sama juga dengan nasib yang menimpa mentua Khazani Mohd Solah iaitu Musa Harun.

Kata Khazani yang wakili mentuanya, sebaiknya bila semua bayaran dijelaskan, berilah geran tanah sepertimana yang dijanjikan dalam masa tiga bulan itu.

Katanya, apabila mereka jelaskan bayaran itu bermakna akur dengan arahan, tetapi mereka tetap risau kerana geran tanah yang dijanjikan akan diberikan dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh bayaran tidak ditunaikan.

“Jangan buat macam tu dengan kami warga Ulu Bertam, Air Naga ini. Duit tu duit kami cari dengan titik peluh kami sendiri. Masih ramai peneroka yang tidak bertapak rumah di
sini. Ada yang masih tinggal di dalam kebun getah. Kenapa semua itu berlaku ke atas kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Dun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapa berkata, sekiranya kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan dan Gual Ipoh, dia akan agihkan tanah-tanah tersebut secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak bertanah. - sh


PT
Pentadbira Pas kelantan dah jadi celaru di sebabkan kerakusan eksco yang tamak, jadi apa lagi mari kita ramai-ramai pakat tukar  "T" kepada kerajaan yang lebih membela rakyat  iaitu BN. BN perintah Kelantan Berubah !!!

Saturday, 7 July 2012

BONGKAR !!! 2 IN 1 UNTUK KRONI PAS KELANTAN??

Lihat betapa beruntungnya para kroni Pas, bukan setakat mendapat hasil bijih besi tetapi mendapat rezeki balak di kawasan yang diluluskan untuk carigali bijih. Lihat bukti di bawah dan sendiri fikir !!!


Lesen mencarigali yang dikeluarkan oleh  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan kepada Syarikat yang ternyata dari kroni Pas!!!


Ini pula surat memohon kebenaran mengeluarkan saki baki kayu balak



pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive