Showing posts with label Tumpat. Show all posts
Showing posts with label Tumpat. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

SUDAH 7 HARI AIR BERTAKUNG DI KG JUBAKAR TAPI NIK AZIZ TAK TAHU PUN ???


Kampung Jubakar - Hujan yang berterusan sejak beberapa hari ini meresahkan kira-kira 20 keluarga warga Siam di sini apabila kampung mereka dilanda banjir kilat menyebabkan rumah mereka dimasuki air. Penduduk, Mek Kesom Eh Choi, berkata rumahnya di masuki air sejak seminggu lalu dan yang merisaukannya air yang bergenang sedalam hampir satu meter ini tidak surut.

Menurutnya, di dalam rumahnya air sedalam paras betis menyebabkan dia terpaksa memasak dan melakukan aktiviti harian di dalam air.



Bagi Eh Dam Eh Ah, dia juga berdepan dengan situasi yang sama apabila rumahnya turut dimasuki air. Katanta sudah tujuh hari air bertakung di sini, sekiranya hujan berterusan mungkin keadaan bertambah teruk.

Mereka berdua berharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengambil tindakan segera kerana keadaan ini mengundang ketidakselesaan kepada seluruh penduduk kampung Jubakar yang terlibat.

PT
Baru sebuah kampung yang mengalami masalah air yang bertakung sehingga ke dalam rumah mereka. Adakah MB Kelantan telah mengarahkan anak buahnya atau hanya buat-buat pekak telinga sahaja ? Adakah YB Pas tengah bersenang lenang dengan anak bini tanpa menghiraukan masalah rakyat di kawasan mereka ?

Kepada penduduk yang terbabit berfikirlah secara cerdik bila sampai masa untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi wakil rakyat. Bukannya sekadar reti memegang jawatan tetapi tidak tahu apa tanggungjawab kepada penduduk.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 29 October 2012

LAGI MASALAH PENDUDUK TUMPAT DIABAIKAN OLEH YB PAS ???

TUMPAT - Masalah jeti reput berdekatan dengan penempatan rumah agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), mengundang masalah kepada penduduk di sini.

Jeti tersebut dibina kira-kira tiga tahun lalu, menjadi penghubung kepada 30 keluarga di sini.


Penduduk, Mohd Noor Omar, 54, berkata, jeti tersebut reput disebabkan oleh faktor cuaca.

“Tamabahan pula, jeti tersebut diperbuat daripada besi dan ia mudah berkarat,” katanya.

Menurutnya, tiga bulan lepas atas inisiatif penduduk kampung, diadakan gotong-royong membaiki jeti tersebut.

“Namun, baru-baru ini pelampung jeti pecah, keadaan ini boleh membahayakan penduduk. Berikutan itu, kami sekali lagi bergotong-royong membaikinya,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, sekiranya jeti ini terus dibiarkan berkarat, tidak mustahil ia akan runtuh suatu hari nanti.

“Jeti ini amat penting untuk kami di sini, sekiranya jeti ini roboh kami sukar untuk menaiki bot,” katanya.


PT
Baru sekarang reti kenak susah bila keadaan dah terdesak, tapi semasa PRU yang lepas tak reti nak bezakan mana satu kerajaan yang boleh menjasdikan rakyat hidup dalam keselesaan. Bila kemudahan yang menjadi kegunaan penduduk rosak baru mereka sedar dari kesilapan memilih kerajaan yang tidak ambil tahu pun pasal kesusahan rakyat.

Sebelum membuat pilihan kita yang ada otak dan akal harus  berfikir semasak-masaknya, kalau tidak kita akan rasa seperti yang penduduk Tumpat rasai sekarang. Sampaikan jeti rosak pun terpaksa war-warkan dalam akhbar untuk meminta simpati.
Apa yang para YB Pas buat selain menambah harta dan tambah bini muda. Sudah-sudahlah wahai penduduk Tumpat... Segala perubahan terletak di tangan puak-puak demo !!!!!

Sunday, 28 October 2012

APA YANG PAS BUAT?? TAKKANLAH PAIP PECAH PUN KENA REPOT KAT AKHBAR ???


TUMPAT – Keadaan paip pecah bawah tanah sejak empat bulan lalu mengundang masalah kepada penduduk di sini apabila air bertakung dan jalan menjadi becak.

Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, 44, berkata, mata air yang sentiasa mengalir dari paip pecah tersebut menyebabkan jalan di sini sentiasa ditakungi air.

“Bila hujan keadaan bertambah buruk kerana ia berlopak, air yang bertakung ini agak dalam dan menyusahkan penduduk,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu juga menyukarkan kenderaan keluar masuk kerana perlu meredah jalan yang becak.

“Memang bermasalah untuk kenderaan keluar masuk melalui jalan ini kerana jalan berlopak, kalau bawa laju air kotor akan terpercik, terutama penunggang motosikal perlu berhati-hati untuk melepasi kawasan ini.

“Sekarang ini pula ada sebuah rumah dalam pembinaan, memang kerap lori keluar masuk melalui jalan ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak Air Kelantan Sdn Bhd mengambil tindakan segera membaiki paip bocor tersebut.

Sementara itu, Ketua Operasi Jajahan AKSB Tumpat, Amran Ghani ketika dihubungi memberitahu masalah paip pecah di kawasan Kampung Kedemit mendapat perhatian pihaknya dan proses pembaikan sedah dimulakan semalam.

“Selain masalah paip bocor di Kampung Kedemit, pihak AKSB juga akan membaiki paip bocor di jalan Palekbang Wakaf Bharu,” katanya.

PT
Takper lah penduduk Tumpat nanti PRU13 yang akan menjelang tak lama lagi pandai-pandailah buat pilihan yang tepat. Gunalah otak dan akal siapakah yang boleh memberi keselesaan kepada penduduk dan generasi yang akan datang. Takkanlah nak selesai isu air berlopak pun kena repot kat wartawan sinar harian. YB Pas kawasan berkenaan takkan lah tak turun padang melihat maslah yang menimpa anak mukim? Takkanlah YB hanya reti menjenguk dekat-dekat tarikh PRU??


Friday, 17 August 2012

VIDEO !!! BONGKAR PEMBOHONGAN PAS - PENGASAS PONDOK GETING TUMPAT




Tuan Guru Haji Abdullah Saamah,Pengasas Pondok Geting Tumpat bersama beberapa anak murid dipondoknya mendengar rakaman Ucapan YB Zaki Ibrahim @ Jakong Adun Kelaboran,Tumpat...DAP tolak Hudud dan Negara Islam terang2 atas muka Pas..DAP dengan Pas sudah jadi Harbi Kawarij tak ada lagi aman..saya tidak berfatwa tapi saya ambik dalam dalam kitab hukum muktabar yg yg sah dan soheh-Ayah Loh....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive