Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts

Friday, 5 October 2012

HIMPUNAN HIJAU @ HIMPUNAN MEMBANTAI 1000 EKOR AYAM ANJURAN PEMUDA PAS BALING ???



Apa kata mereka tentang Himpunan 1000 ekor ayam ???

Menurut Pengarah Program, Ustaz Mohd Hilmi Abdul Wahab, himpunan itu sebagai menyemarakkan dokongan anak muda dalam Kawasan Baling untuk kekal bersama gerakerja PAS. Ujarnya, penduduk Baling khususnya golongan muda sejak pilihan raya 2008 lalu telah menunjukkan peningkatan sokongan memberangsangkan kepada PAS. Momentum itu terangnya, akan sentiasa diperkemaskan dalam usaha mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Baling, Dun Kuala Ketil dan Dun Kupang serta menawan Dun Bayu sekaligus membantu mempertahankan kemenangan negeri Kedah.

PT
Alahai Pas, selama ini menuduh UMNO memberikan imbuhan atau upah jika mengajak anak2 muda ke program yang UMNO anjurkan. Tetapi sekarang apa yang terjadi kepada Pas, Mereka sendiri telah memyediakan BBQ 1000 ekoq ayam untuk menarik minat para remaja supaya datang ke Himpunan mereka.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sunday, 30 September 2012

SAH !!! NGO DAN PENDUDUK DI PERGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG UNTUK DEMONTRASI DI PENGERANG ???



Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 06Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 039.05am:Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai. - malaysiakini


PT
Tak habis pembangkang mempergunakan penduduk dan NGO bagi menghalang segala apa yang dirancangkan oleh kerajaan.Dah tak ada kerja lain para pemimpin pembangkang. 25 jam dengan perhimpunan dan demontrasi. Sampai bila rakyat yang cetek akal menurut segala apa yang dilaungkan oleh pembangkang ini???

Monday, 3 September 2012

BIAR BETUL !!! 50,000 HADIRI HIMPUNAN HIJAU DI RAUB ???


RAUB – Sasaran menarik 20,000 peserta menghadiri Himpunan Hijau anjuran pembangkang di Padang Kompleks Sukan Raub hari ini, bagi membantah penggunaan bahan kimia sianida dalam memproses emas di lombong Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, gagal kerana ia hanya dihadiri 3,000 orang.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata pihaknya hanya membenarkan perhimpunan itu diadakan selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Katanya perhimpunan tersebut telah melanggar dua daripada 16 peraturan atau syarat yang ditetapkan polis.

Beliau berkata dua pelanggaran peraturan itu ialah mengadakan perarakan dan membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang mana tindakan akan diambil terhadap penganjur kerana gagal mematuhi syarat berkenaan.

“Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan atau kejadian tidak diingini berlaku dengan kawalan ketat dan pemantauan lebih 300 anggota polis yang turut dibantu anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, kelihatan hadir di perhimpunan itu. -BERNAMA

Sunday, 15 July 2012

TAHNIAH PAS !!! SEORANG LAGI PELAKON SUAM2 KUKU SERTAI PAS


KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa. sH

PT
Berhijrah kearah yg lebih baik..niat yang baik tak mesti dan tak perlu diwar2kan walaupun boleh menjadi contoh buat orang lain..tak mesti kena sertai parti politik baik parti apa pun...untuk berubah, dakwah supaya orang kembali kejalan yang benar baik dengan cara amal,nasihat dan contoh tak termasuk menyertai parti ..kita seru orang ke parti Allah..Agama Allah.  Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


.

Tuesday, 5 June 2012

BAWALAH SAYA KE MAHKAMAH, SAYA TAK TAKUT - TUN M


CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.

Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.

"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.

"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.

"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya.

pT
Semoga Allah SWT lanjutkan usia TUN dengan anugerah kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam keberkatan Allah SWT. Terima kasih TUN kerana memercu negara sehingga ke tahap ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive