Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.
"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.
"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.
"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.
"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.
Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa. sH
Berhijrah kearah yg lebih baik..niat yang baik tak mesti dan tak perlu diwar2kan walaupun boleh menjadi contoh buat orang lain..tak mesti kena sertai parti politik baik parti apa pun...untuk berubah, dakwah supaya orang kembali kejalan yang benar baik dengan cara amal,nasihat dan contoh tak termasuk menyertai parti ..kita seru orang ke parti Allah..Agama Allah. Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
.
.
