Showing posts with label pak lah. Show all posts
Showing posts with label pak lah. Show all posts

Monday, 27 August 2012

BIAR BETUL !!! PAK LAH HENTAM DS NAJIB ???




PUTRAJAYA, 25 Ogos — Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.

Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.

Beliau memuji reformasi dan transformasi yang dilakukan Najib dan berharap pengundi akan berpuas hati dengannya akan tetapi memberikan amaran bahawa ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN.

“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.

“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.

“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”

Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.

Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undi secara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.

Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.

Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.

The Malaysian Insider

PETIKAN 'KERAMAT' NIK AZIZI SEMASA PELANCARAN GERAKAN PAS 2009





Antara petikan di dalam ceramah Nik Aziz pada 12/6/2009.....

1. Masjid Kg Bandar buat dengan duit judi,duit lotri, untuk nampak halal tambah kebajikan. Kini masjid jadi kulat.

2. Feb 1962 UMNO tangkap tok guru ini kerja UMNO dulu jahat.

3. Tok Guru UMNO tubuh Pas termasuk tok Pak Lah di Seberang Perai.

4. Nik Aziz sewa 5 buah bas utk hadir ceramah Pas supaya nampak ramai.

5. UMNO tolak Islam

6. UMNO bela Melayu, tapi tak bela Islam

7. Pas boleh buat apa yang UMNO buat, tapi UMNO tak boleh buat apa yang Pas buat.

8. Bila Pas perintah Kelantan sejak 1990 sampai sekarang, berapa orang yang kebuluran, berapa orang Cina dibunuh. Tidak ada.

9. UMNO kata UMNO dengan Pas serupa, nanti akan timbul sembahyang dengan tak sembahyang serupa, bini dengan ’bujang’ (zina) serupa ini penyakit yang dibawa oleh UMNO. UMNO dengan Pas tidak serupa.

10. UMNO kata Undi Pas boleh gapa?...jadi kalu sembahyang boleh gapa?...ini kuman UMNO. Tak sembahyang akhirnya kerana UMNO...ini kita sebut UMNO bawa ajaran sesat serupa ayah Pin

11. Kenapa UMNO suka beri duit untuk mengundi...tapi beza dengan Pas minta duit dengan pengundi.

12. Nik Aziz tak tau kenapa orang panggil tok guru sedangakan sebelum jadi MB saya orang panggil ustaz... (tapi sebenarnya dia yang arahkan panggil tok guru)

13. Dalam Pakatan rakyat sekarang ramai orang cina bagi salam, tapi Cina MCA tak seorang pun bagi salam. Sebab dia berkawan dengan UMNO. Tengok Lim Guan Eng tulis surat kepada saya amal makruf nahi mungkar.

14. Dalam agama bangsa Cina, Melayu serupa tidak harga. Cina bukan menjadi ancaman kepada Melayu dan Melayu bukan menjadi ancam kepada Cina. Fikiran yang menjadi ancaman.

15. UMNO menang kerana pitis, ada tv ada akhbar, menipu. Pas minta lesen radio tak lulus.

16. Surah Yasin ni orang baca belaka Pas baca, UMNO pun baca.

17. Allah akan tanya diakhirat nanti, Mu pakah (undi) apa ari tu ?...Pas sah parti menaikkan imej Islam.

18. Negara Kita kedepan lebih jauh dari Kuwit, Negara Kuwait baru bulan lepas wanita boleh jadi calun sedangkan Khadijah Sidek jadi calun 1951.

19. Pejabat JPP, semua duit pusat singgah di JPP...kenapa tak bagi kepada Kerajaan Negeri.

20. UMNO bawa jauh dengan Islam dan jauh dengan demokrasi.

21. Kerajaan Pas...kerajaan Perak Pakatan rakyat buat kerajaan...tiba-tiba UMNO gi masuh orang dia..mana ada peraturan..basa tak malu.

22. Pas buat sembahyang hajat...UMNO buat sembahyang hajat. Demo (UMNO) balah (berkelahi) dengan Tuhan...Islam, Nabi dan Tuhan UMNO tolak...kenapa buat sembahyang hajat ?

23. Bui pitis ambik, bui gula kaca, bui kain pakai, bui lembu sembeleh...undi Pas...UMNO tak boleh buat apa, dia nak tampar,..bergilir tampar tidak dia seorang ada tangan kita ada jugak.



Friday, 13 July 2012

SAYA NAK TIDUR DAN TIADA KAITAN DENGAN OREN - PAK LAH


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka, lapor Bernama.

"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Bernama juga melaporkan Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

Sebelum ini, NGO Gerakan Selamat Felda (GSF) menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah kedua-dua tokoh pemimpin Umno itu.

Bagaimanapun, koordinatornya Mazlan Aliman mengakui pihaknya telah menjemput Abdullah dan Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan itu, tetapi tiada sebarang maklum balas. -Bernama

Friday, 8 June 2012

BIAR BETUL !!! PAK LAH TIDAK MAHU PERTAHANKAN KERUSI?

Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang melobi berebut-rebut untuk jadi calon di kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Pak Lah Badawi.

Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak  tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu.

Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3.

Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAI.

Diantara kedua mereka, Bahagian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican.

Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak Lah

Mau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini..

Pada bulan Februari lepas,Pak Lah, bekas Perdana Menteri itu telah didekati dan dipujuk rayu untuk mempertahankan kerusi sebagai pemimpin yang mesra adalah satu "calon winnable" yang dicari oleh Presiden UMNO Najib Razak

Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009 dengan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas bagi kali kelapan.

Pada tahun 2008 , Pak Lah berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 11,246 undi.... Beliau memperolehi 23,445 undi dengan lawannya dari PAS Subri Mohd Arshad yang memperoleh 12,199 undi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive