Showing posts with label kiram. Show all posts
Showing posts with label kiram. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Isu Bunuh : Filipina Dakwa Kiram Berbohong #PrayForSabah

MANILA – Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.

“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.

Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.

Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak. Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.

“Kami mempunyai pengalaman yang sama sebelum ini, mereka tidak memberitahu kami cerita sebenar,” ujar Lacierda.

Beliau berkata lagi, Jamalul juga mesti memaklumkan kepada Biro Siasatan Negara (NBI) mengenai ‘cerita’ mereka itu.

Saycon dan peguam Jamalul, Leonard de Vera telah mengunjungi NBI petang semalam bagi melaporkan plot yang dikatakan mahu membunuh Jamlul, ahli keluarga terdekat dan para pengikutnya.

Menurut Saycon, mereka ada membincangkan mengenai ancaman sebenar ke atas Kesultanan Sulu.

Sumber

Perang Hanya Rugikan Bangsa Kiram - Ahli Akademik #PrayForSabah

Malaysia dan Filipina harus tegas dan meneruskan perjanjian damai dan tidak membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menggagalkan proses damai di selatan Filipina, kata Profesor Madya Dr Farish A. Noor dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

"Kesan daripada apa yang berlaku ketika ini, jika proses damai gagal dan mereka kembali bertempur secara gerila di selatan Filipina, bahagian itu akan ketinggalan ketika negara lain di Asean berintegrasi, apakah itu yang anda inginkan?

"Saya fikir apa yang kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Filipina, lakukan adalah baik, kedua-duanya harus tegas dan meneruskan perjanjian damai," katanya kepada Bernama selepas seminar bertajuk 'Sabah and Sulu: Historical Claims, Modern Borders and Non-State Actors' anjuran Institut Hal-Ehwal Antarabangsa Singapura pada Selasa.
Paling utama, beliau berkata penduduk Mindanao mahukan kedamaian itu.

"Anda tidak harus membenarkan satu aktor ini menggagalkan proses damai yang bakal memberi kesan terhadap jutaan orang pada generasi berikutnya. Sekumpulan lelaki bersenjata yang menggelar diri sebagai pasukan keselamatan diraja Kesultanan Sulu dihantar Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai pewaris kesultanan itu, ke pesisir pantai Lahad Datu pada Februari lepas.

Farish berkata semua rakyat di selatan Filipina sudah cukup menderita kerana sejak 1970-an, kawasan itu menjadi zon perang. Beliau berkata kebanyakan negara anggota Asean sudah maju dengan pembangunan infrastruktur, pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk ratusan juta warganya.

"Namun zon selatan Filipina di Mindanao tidak mendapat faedah kerana menjadi medan perang sejak 1970-an.

"Adalah penting rakyat negara itu diberi peluang hidup dalam keadaan aman damai. Ini yang MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) inginkan," katanya.

Farish berkata presiden Filipina juga dilihat komited menamatkan konflik itu kerana tidak mahu rakyat negaranya terus menderita. Jika pencerobohan Lahad Datu menggagalkan proses damai di selatan Filipina, Farish berkata ini bermakna untuk 10 atau 20 tahun akan datang, penduduknya akan kekal di kawasan zon perang manakala pada masa sama, bahagian lain di Asean terus maju.

"Pergi ke kedai atau sekolah adalah sesuatu yang mereka hanya dapat bayangkan... paling utama, tindakan Kiram merugikan bangsanya sendiri.

"Dengan melengah-lengahkan proses damai, bukan penduduk di utara Filipina yang menderita, juga bukan penduduk di negara Asean lain menderita, sebaliknya mereka yang menderita adalah orang-orang kamu sendiri," katanya. - Bernama

Thursday, 7 March 2013

Salasilah Keturunan Sultan Sulu Dibongkar !!!

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.


Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali.


Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Seterusnya baca [SINI]


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive