Showing posts with label #OpsDaulat. Show all posts
Showing posts with label #OpsDaulat. Show all posts

Friday, 8 March 2013

#LahadDatu : Lebih 50 Pengganas Sulu Ditahan #PrayForSabah

Lahad Datu, 8 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat.

"Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang ini.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan.

"Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

"Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan.

"Justeru itu, Op Daulat diteruskan," katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. -BERNAMA

Thursday, 7 March 2013

Salasilah Keturunan Sultan Sulu Dibongkar !!!

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.


Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali.


Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Seterusnya baca [SINI]


KPN Sahkan 52 Pengganas Sulu Dibunuh ! #PrayForSabah

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah - mstar

Terkini : Kiram Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak #PrayForSabah

MANILA 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP

Lautan & Darat Dikepung Pengganas Kebulur !!! #OpsDaulat

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar dari Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini Khamis.

Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.

Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.

Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan. -

BERNAMA

#OpsDaulat : 3 Jet Pejuang Lintasi Ruang Udara Felda Sahabat #PrayForSabah

LAHAD DATU: Tiga jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara FELDA Sahabat kira-kira 5 minit (1 jam) lalu.

Bagaimanapun belum kedengaran letupan dan gegaran.

Sumber: Berita Harian Online

Pengganas Sulu Pakai Tangkal Sebelum Bertempur !!!

Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.


Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.
MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.
Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.

Wednesday, 6 March 2013

Lebih 300 Pendatang Haram a.k.a Pengganas Sulu Lari Ke Mindanou #PrayForSabah

Hampir 300 Filipina yang tinggal di Sabah melarikan diri ke Mindanao, yang disesarkan oleh konflik berterusan antara Tentera Diraja Sulu dan angkatan tentera Malaysia.

Ramon Santos, pengarah Pejabat Pertahanan Awam di kawasan Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi, hari ini berkata bahawa 280 orang telah kembali ke Mindanao sejak kinflik itu bermula tiga minggu lalu.

"Mereka tidak berada di tempat konflik tetapi mereka berasa takut dan mereka kembali (Mindanao). Mereka takut terperangkap dalam situasi ketegangan itu," Santos berkata, sambil menambah bahawa mereka sedang hidup dengan saudara-mara mereka di sana.

Terdapat lebih 150,000 rakyat Filipina yang bekerja dan tinggal di negeri timur Malaysia Sabah, kebanyakan daripada mereka adalah pendatang haram.

Polis Malaysia dan kira-kira 180 pengikut Filipina Sultan Jamalul Kiram III telah terlibat dalam kemelut maut sejak 12 FEB.

Kumpulan tersebut belayar ke bandar pantai Lahad Datu di Sabah dari selatan Mindanao menempatkan semula dan mengukuhkan tuntutan mereka di kawasan yang dipertikaikan, yang kata mereka berhak dimiliki oleh kesultanan.

Tentera dan Polis Malaysia pada hari Selasa melancarkan serangan udara di bandar pantai Lahad Datu di mana militan Filipina telah terkepung sehingga menamatkan kebuntuan yang telah meninggalkan sekurang-kurangnya 23 Filipina dan lapan polis Malaysia mati. - Bernama

Malaysia Pohon Ekstradisi Kepala Pengganas Jamalul Kiram III #PrayForSabah

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan permohonan bagi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini. Beliau berkata, pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.

“Perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Pegawai tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes terhadap seseorang itu sebelum Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan tugas mereka menyiasat kes itu.

“Jika terbukti ada kes, kami (Pejabat Peguam Negara) pasti akan melakukannya (memohon ekstradisi),” tegas Abdul Gani.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis terbunuh. – Bernama

##OpsDaulat : Gambar Mayat Pengganas Sulu #PrayForSabah

Nah! Mayat pengganas yang mati...sibuk sangat tengok! Puak-puak yang tak reti bersyukur dengan kejayaan pasukan keselamatan Malaysia berulang-ulang kali meminta agar gambar-gambar mayat yang terbunuh disiarkan.

Mereka tidak percaya dengan berita-berita yang disampaikan... Sandiwara katanya...tok guru demo! Nah ambik ni...ada tiga keping gambar yang teringin sangat nak ditonton...

Bila Menteri tunjuk foto dikata menghina mayat. Memang dasar pembangkang yang hanya reti mencari kesalahan kerajaan saja. Dasar manusia yang bangang tak bertempat!!!

Terkini!!! Timbalan Ketua Polis Negara Nafi Khabar Angin !!! #OpsSulu #PrayForSabah

Kuching, 6 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.

Beliau berkata sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyarakat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna.

"Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat. Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian negeri mendiang DSP Michael Padel di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini.

Beliau berkata polis bersama Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan kehadiran di seluruh negeri Sabah, khususnya di pantai timur dan pulau berhampiran bagi memastikan keselamatan manakala orang awam juga boleh menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan polis Sabah.

Abdul Khalid turut menyatakan rasa terharu terhadap penghormatan oleh kerajaan negeri Sarawak agar mendiang Michael disemadikan di perkuburan pahlawan bersama wira Sarawak, termasuk Datuk Temenggong Kanang Langkau. Katanya penghormatan itu akan meningkatkan lagi semangat pasukan polis di negara ini. - BERNAMA

Sumber-fb pdrm

Terkini!!:4 Suspek Ditahan Ada Kaitan Dengan Pengganas Sulu #PrayForSabah

Semporna, 6 Mac - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - BERNAMA

Sumber-fb pdrm

[VIDEO] #OpsDaulat : Seorang Pengganas Ditembak Mati Pagi Tadi

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.


Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.

Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain.

"Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

"Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi," kata kenyataan itu.-mstar

Terkini!!! :#OpsDaulat -Kenyataan Media KPN #PrayForSabah

Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.

Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi. Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.

Sumber-fb pdrm

Mayat Ketua Pengganas Azzumudie Tiada Dalam 30 Pengganas Yang Terbunuh!#PrayForSabah

ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA

LAHAD DATU - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.

Sumber Fb

10,000 Pengganas Sulu Menunggu Masa Ceroboh Sabah ? #Pray4Sabah


Daripada entri Empayar Pemuda

Media dari Filipina melaporkan hampir 10 000 suku kaum Tausag dari Basilan, Sulu dan Tawi Tawi sedang berlayar ke Sabah untuk memberi bantuan kepada Raja Muda Azzumudie menentang Anggota Keselamatan Negara.. Nampaknya segala percaturan Anwar untuk menghuru-harakan negara hampir menjadi kenyataan...

Baca pendedahan di sini

Harap berita yang disiarkan oleh media Filipina ini tidak benar..Doakan yang terbaik untuk pasukan keselamatan negara kita.


Apa kaitan Nur Misuari dan Anwar ?


Baca kenyataan Nur Misuari sebelum kejadian tersebut berlaku.
Disebalik kebuntuan di minggu kedua Militan Sulu hadir di Lahad Datu dengan dikelilingi oleh pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari dengan cepat telah mengeluarkan ancaman dengan berkata,

‘’JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA”


Nur Misuari juga telah berkata seperti berikut,

‘‘INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN ‘COOLER HEAD‘ , LEBIH BAIKTUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU‘‘



Siapakah Pemimpin ‘Cooler Head‘ yang Nur Misuari maksudkan itu?
  
Sumber - Foto 

Tuesday, 5 March 2013

Betulkah Jamalul Kiram III Keturunan Pembuuh ???



Siapakah Kiram?
Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I? - Sumber

Ketua Pengganas Sulu Terbunuh Dan 20 Mayat Di Temui Selepas Serangan! #OpsSulu #Pray4Sabah

Ketua Polis Negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Agzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi tadi.


Adik kepada kepala lanun Sulu Agzumudie Kiram terbunuh dalam 
serangan pagi tadi. Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi tadi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas di setiap pelusuk dan operasi menggeledah setiap rumah di Kg Tanduo.

Warga Sulu Kutuk Penceroboh! #PrayForSabah #OpsSulu

Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah bangsa ini terhadap Malaysia tidak goyah.


Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama, selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.

Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22 hari ini, kerana malu.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azly, 45, berkata sejak merdeka, rakyat Sabah termasuk bangsa Sulu hidup aman damai di negeri ini bahkan mendapat layanan baik daripada kerajaan negeri.

“Kebanyakan mereka yang berbangsa Sulu ada yang menjadi nelayan dan usahawan serta kakitangan kerajaan. Ini contoh kejayaan bangsa Sulu di sini. Pada saya, sepatutnya orang di sana membiarkan bangsa mereka di sini maju dan berjaya…mereka kena reda. Persoalannya kenapa baru sekarang soal ini (isu tuntutan ke atas Sabah) berbangkit?,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azly, seorang usahawan, berkata kemelut pencerobohan tidak sepatutnya berlaku sekiranya rakyat di selatan Filipina memahami sejarah bahawa Sabah milik Malaysia.

“Mereka ini berpendapat selagi ada bulan dan bintang, selagi itu Sabah milik mereka kerana mereka tidak melihat kepada sejarah,” katanya.

Anggota parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah pengundi berdaftar di Sabah sebanyak 926,638 orang tahun lepas, dianggarkan 80,000, ialah pengundi bangsa Sulu.

Beliau juga yakin bangsa itu tidak akan menimbulkan apa-apa masalah berikutan krisis yang berlaku di Kampung Tanduo dan Semporna yang menyaksikan kira-kira 19 orang penceroboh terbunuh manakala lapan anggota keselamatan negara gugur.

“Bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sangat taat setia dan mencintai negara ini. Mereka telah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap seperti nelayan, peniaga dan penjawat awam.

“Apa yang berlaku, pencerobohan ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia bangsa Sulu kerana ia menjejaskan imej mereka…dan ini pada saya cumalah isu untuk hendak mendapatkan perhatian antarabangsa berkaitan tuntutan ke atas Sabah,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Amin, berkata beliau menentang sekeras-kerasnya tuntutan mereka yang menggelar diri mereka di bawah Kesultanan Sulu, untuk memiliki Sabah kerana beliau lebih selesa dengan pemerintahan kerajaan Malaysia.

–BERNAMA

Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN #OpsSulu #OpsDaulat #Pray4LahadDatu


LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugatketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive