Wednesday 6 March 2013

Malaysia Pohon Ekstradisi Kepala Pengganas Jamalul Kiram III #PrayForSabah

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan permohonan bagi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini. Beliau berkata, pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.

“Perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Pegawai tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes terhadap seseorang itu sebelum Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan tugas mereka menyiasat kes itu.

“Jika terbukti ada kes, kami (Pejabat Peguam Negara) pasti akan melakukannya (memohon ekstradisi),” tegas Abdul Gani.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis terbunuh. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive