Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Pengganas Sulu Tinggal Pakaian Seragam

LAHAD DATU: Polis masih mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam, sama ada ia adalah Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya.

Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu dan dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan dalam kumpulan pengganas terbabit.

Dalam pertempuran sengit kira-kira jam 11.30 pagi itu, 31 pengganas termasuk seorang lelaki yang berpakaian uniform jeneral ditembak mati manakala selebihnya dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, usaha masih mengenal pasti siapa lelaki yang memakai uniform berkenaan.

Katanya, operasi menggempur saki baki pengganas masih diteruskan sejak petang ini dan bertumpu di Kampung Tanjung Batu yang bersebelahan Kampung Tanduo.


Beliau berkata, berikutan operasi di kawasan tertentu di lokasi kampung itu, penduduk dilarang masuk bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Sehingga ini, saya berpuas hati dengan operasi yang dijalankan hari ini (semalam), pasukan keselamatan sedang memastikan keselamatan Sabah kembali ke tahap asal," katanya pada sidang media harian Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Residensi Sahabat, di sini, hari ini.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini masih menjalankan operasi bagi memastikan tiada lagi pengganas di kawasan operasi.

Katanya, walaupun pasukan keselamatan sudah menjalankan penggeledahan di kawasan itu tetapi ia tidak bermakna mereka tiada di kawasan itu. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive