Showing posts with label tanduo. Show all posts
Showing posts with label tanduo. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

#OpsDaulat Terakhir - Mayat Reput Dan Tinggal Tulang Serta Busuk #PeaceSabah

Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.

15 Pengganas Sulu Dikeluarkan Dari Tanah

Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.

Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.



ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam. 

Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.

Kesemua 15 mayat pengganas itu telah ditanam di dalam tiga buah lubang bersaiz antara empat dan lima meter persegi. Jarak antara setiap lubang itu kira-kira tiga meter.



Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.



Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.

“Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya.  - Sumber


Sunday, 31 March 2013

#LahadDatu : Roh Pengganas Berkeliaran Mencari Mangsa Di Kg Tanduo

Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.

Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang. "Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive