Showing posts with label Militan. Show all posts
Showing posts with label Militan. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

Ganas !!! Militan Sulu Dilatih Tentera Amerika #PrayForSabah

Terkejut juga bila baca apa yang didedahkan oleh rakan blogger mymassa tentang dakwaan sebuah portal Borneo Insider tentang wujudnya pihak ketiga iaitu tentera elite Amerika Syarikat yang menjadi tulang belakang dalang pencerobohan di Lahad Datu..

Hubungan akrab antara tentera elite US dan tentera yang mendakwa askar diraja Sulu sudah lama wujud..

Tentera US masuk ke Sulu atas nama program khidmat masyarakat tetapi pada masa yang sama ada agenda terselindung disebalik itu..

Baca apa yang ditulis oleh rakan blogger mymassa

Friday, 15 March 2013

#LahadDatu : Pengganas Sulu Kehausan Cari Air !! #PrayForSabah

Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

RUMAH penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

KEDAI runcit milik penduduk yang dipecah masuk pengganas Sulu.

Sumber : HMetro

Tangkal Dah Lebih Tarikh Dakwa Tok Bomoh Sulu #LahadDatu #PrayForSabah

LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak Menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.
Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.

Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.

Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari, dan setiap hari, mantera khas akan turut dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah samba berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".

Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.

"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." 


Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang barn bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

" Ketika ular berada ,pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai." - Sumber


#LahadDatu : Filipina Tahan 35 Pengganas Sulu Yang Terlepas Dari Kepungan #PrayForSabah


Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

“Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata,” kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara ini.

Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah.

Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut.

“Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah,” katanya. - Sumber

Thursday, 14 March 2013

#LahadDatu : Video Potong Tangan Bukan Anggota Keselamatan #PrayFor Sabah

Polis berkata video yang tersebar secara di media sosial dan Youtube bagaimana seorang lelaki diseksa bukan anggota keselamatan Malaysia. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki dipotong tangan dan kemudian kepalanya dipenggal.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sangkal kesahihan video tersebut dan bertegas ia bukan anggota keselamatan Malaysia.

“Daripada penelitian kami mendapati video berkenaan sebenarnya melibatkan seorang lelaki dari negara asing. Insiden itu berlaku di luar negara. Lelaki dalam video itu memang pasti bukan anggota keselamatan pasukan kami. Tambahan pula, lelaki dalam video itu tidak memakai pakaian seragam anggota keselamatan Malaysia,” katanya kepada mStar.

Beliau juga berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan video tersebut kerana ia boleh melemahkan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Maksudnya insiden penggal kepala anggota keselamatan Malaysia sememangnya wujud seperti mana yang disebut Zahid Hamidi di atas cuma video tersebut kesahihannya disangkal. - Sumber

Monday, 30 July 2012

VIDEO !!! TENTERA THAI DITEMBAK MILITAN TERKINI


Sumber Video : Youtube, Sumber info : timesofindia.indiatimes.com. 




BANGKOK: Militants shot dead four soldiers and wounded two others early on Saturday in Thailand's volatile south, an army spokesman said, as a surge in violence since the start of Ramzan continued. The group of six soldiers were attacked as they patrolled a road in the Mayo district of Pattani province."About 20 armed militants on three pick up trucks opened fire at a team of soldiers once they get close to them," Colonel Pramote Prom-in, southern army spokesman, said.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive