Tuesday, 17 September 2013

Chin Peng Menyahut Seruan Ilahi??? - Kholid Ismath @LokmanAdam #Lokman4NKP




Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.



“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kereana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah.

“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya.

“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah.

“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya.

Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.- SINAR 

2 comments:

  1. Inilah antara ciri-ciri Syiah...yang kapir diangkat sebagai syuhada. Chin Peng sempat mengucap?...lawak tahap bodoh!

    Kalau hendak disembahkan di kuil buddha di Bangkok kemudian dibakar, abunya pula didesak dibawa pulang ke Malaysia, adakah Chin Peng seorang muslim? Bodoh tak boleh diajar. Tu yang kantoi belajar dan bercerai dengan bini. Lepas tu mintak hutang PTPTNnya diberi percuma.

    ReplyDelete
  2. Malang sungguh bapa si kolid ni...ada anak yang sesat macam ni...sanggup mengangkat kafir komunis sebagai syuhada..menyahut seruan ilahi...gila ke apa???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive