Showing posts with label mustafa mohamed. Show all posts
Showing posts with label mustafa mohamed. Show all posts

Monday, 22 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Tentera Merah Tok Pa Tumbangkan Nik Aziz ?? #BetterNation #vote4BN #tolakPAS

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.


Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.


Sunday, 21 April 2013

#PRU13 : Che Johan Mungkin Digantung Keahlian UMNO ??? #undiBN #BetterNation

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa dipanggil oleh Umno Kelantan hari ini bagi memberikan penjelasan mengenai keputusan mengejut beliau yang menarik diri pada saat akhir daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama biro politik parti pada pagi Ahad berhubung perkara itu.

"Pagi tadi, kita sudah panggil beliau (Che Johan) untuk mendapatkan penjelasan. Dan saya akan adakan perbincangan lanjut dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

"Apapun, biro politik memandang serius mengenai perkara ini dan akan membuat keputusan beliau yang membelakangkan keputusan parti (mencalonkan beliau)," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengenai tindakan Che Johan pada saat akhir yang membuat keputusan untuk tidak menyerahkan borang pencalonan semasa proses penamaan calon pada Sabtu.

Berita mengejut itu menyebabkan Parlimen Pasir Mas pada PRU-13 akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali sebagai calon bebas dan calon baru dari PAS yang merupakan anak kepada Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh.

Mustapa berkata, beliau melihat isu tersebut sebagai satu masalah disiplin yang serius kerana watikah pencalonan telah pun diberikan kepada Che Johan.

"Tindakan (Che Johan) berpandukan pada perlembagaan parti tetapi ia akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin (Umno)," katanya.

Menurut Mustapa, parti itu sedang meneliti impaknya dan sudah tentu akan memastikan kemenangan bagi mereka yang dicalonkan.

"Mengenai parlimen (Pasir Mas), kita akan pantau impaknya tetapi kita akan pastikan DUN (Dewan Undangan Negeri) di Parlimen itu untuk menang," katanya.

Ditanya mengenai penjelasan Che Johan, Mustapa hanya berkata: "Penjelasan dia sama sahaja yang sudah pun dilaporkan di media-media. Jawapannya konsisten."

Media pada Ahad melaporkan bahawa keputusan Che Johan itu kerana beliau mahu memastikan PAS tewas di kerusi parlimen tersebut dan membantu BN untuk memperoleh kemenangan pada PRU-13.

Wednesday, 17 April 2013

#GE13 : [VIDEO] Penamaan Calon #PRU13 Kelantan, Ramai Tak Puas Hati ?? #TukarKelantan



PAS selalu bermegah-megah kononnya membangunkan negeri Kelantan, Selama lebih 23 tahun, tiada pembangunan yang dilakukan selain dari bertimbun batu asas di sana sini di setiap pelosok Kelantan.  Bahkan lebih ramai anak-anak muda dari negeri kita  keluar berhijrah mencari ruang pekerjaan di luar Kelantan.

Sedarlah Pas  lebih mementingkan ceramah-ceramah politik dari mementingkan pembangunan untuk generasi kita yang akan datang.

Kepada rakyat Kelantan,, pakat fikirllah sendiri..sudah sampai masanya untuk kita semua melakukan perubahan pada PRU13 ini...Masa untuk Tukar kerajaan Pas kepada UMNO/BN.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive