Saturday 29 December 2012

INIKAH WAJAH MANUSIA KAKI TIPU WANG PENEROKA FELDA KEMAHANG 3 ???



Peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 melahirkan kekecewaan mereka terhadap Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang didakwa telah gagal untuk mengembalikan wang pampasan yang mereka menangi daripada saman ke atas Felda.

Mereka yang menunggu kehadiran Mazlan di Wisma Felda sejak jam 2 petang itu ternyata hampa apabila niat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan secara aman terhadap pemimpin PAS itu telah ditolak bulat-bulat.

Justeru, Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Kelantan, Wan Zawawi Wan Zain, mencabar Mazlan supaya bertemu dengan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu membantu.

“Kenapa dia (Mazlan) tak terima (memorandum peneroka)? Memang dia pembohong..Kalau sudah salah dia, memang dia pembohong. Saya cabar dia datang ke Kemahang 3..kami menunggu kehadiran dia kalau betul dia ikhlas nak bantu peneroka,” tegas Wan Zawawi.

Sebelum ini seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 dengan kerjasama Mazlan dan peguamnya, Tetuan Wan Rohimin & Asmadi telah menyaman Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Pada 26 Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi Kota Bahru untuk memberi kemenangan kes saman tersebut kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 ini dengan jumlah keseluruhan saman termasuk faedah sebanyak RM11,236,983.00 di mana setiap peneroka terbabit seharusnya menerima RM30,000 seorang.

Namun begitu sehingga kini hanya sekitar RM6.2 juta sahaja yang sudah diagihkan kepada peneroka dengan jumlah yang tidak selaras iaitu RM16,000 dan RM19,000 serta terdapat juga peneroka yang masih tidak mendapat sebarang bayaran.

Sikap Mazlan yang cuba mengelak dari tanggungjawabnya itu turut ditempelak Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap.

Jika selama ini katanya pelbagai tohmahan dilontarkan oleh Mazlan di dalam mempengaruhi peneroka Felda, peristiwa hari ini tegas beliau telah membuka mata mereka untuk menolak perkara yang boleh mencemarkan nama Felda sebagai sebuah organisasi yang telah banyak berjasa.

Peneroka Felda juga jelas beliau, sedar bahawa kerajaan yang sedia ada sudah melakukan yang terbaik di dalam menjaga kepentingan Felda.


Justeru tegas beliau, pihak-pihak luar serta anasir-anasir yang berniat jahat memburukkan Felda boleh melupakan terus hasrat mereka untuk berbuat demikian.

“Kami juga hadir membawa memorandum. Rakan-rakan kami datang dari Felda Kemahang 3 ini datang bawa memorandum dengan tujuan nak serahkan kepada Mazlan Aliman.

“Mazlan Aliman kata dia tak nak terima..Dia tak nak terima memorandum yang kami beri. Memorandum ini tertulis beberapa perkara yang memaklumkan bahawa Mazlan Aliman ini penipu. Dia telah menipu peneroka.

“Selama ini kita telah mendengar macam-macam perkara dilontarkan oleh pihak-pihak makhluk perosak. Jadi mereka ini sedaya-upaya cuba untuk mempengaruhi orang-orang Felda.

“Orang Felda sudah celik mata..kita tak nak terima lagi fitnah-fitnah, perkara yang tidak baik ini yang cuba mencemar nama baik Felda. Kerajaan yang ada pada hari ini, kepimpinan yang ada pada hari ini sudah jaga elok Felda. Jadi tak perlu ada orang-orang luar nak cuba bawa anasir-anasir buruk tentang Felda,” ujar beliau.

Sumber

PT 
Rupanya si Mazlan Aliman ni kaki putar alam jugak, tak pasal-pasal peneroka Felda Kemahang 3 disonglap oleh Pengerusi 'ANAK' ni. Itulah yang peneroka pulak langsung tak guna akal dan fikiran, tahu ikut apa yang si penipu tu cakap. Kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebelum percaya kepada  si makhluk penipu bertindaklah secara waras dan bukan seperti lembu dicucuk hidung.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive