“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.
Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.
Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.
“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.
"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.
Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.
"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.
“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.
Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.
“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.
Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.
“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.
Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.
“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya. Sumber
PT
Siapa sebenarnya yang menjadi punca keganasan politik ? Selepas peralihan jawatan PM dari Tun Abdullah kepada DS Najib yang menjadi punca? Tapi umum tahu selepas pembebasan Bang Anwar dari penjara maka bermulalah rentetan maslah yang dicetuskan oleh PR yang dikepalai Bang Anwar. Hakikat sebenar punca keganasan politik ini bermula dengan PR yang menginginkan kuasa pemerintahan dan memcipta pelbagai provokasi terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment