Tuesday 4 December 2012

HISHAMUDDIN MENCAMPURI URUSAN POLIS - MUSA HASSAN

DEWAN Pemuda Pas Pusat memandang serius terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan oleh Hishammuddin.

Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis tersebut tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ia melibatkan persoalan integriti pasukan polis Malaysia.

Tindakan Hishammuddin tersebut menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Jesteru itu, Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan lanjut dan dakwaan terhadap campur tangan Menteri Dalam Negeri terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri bercuti sehingga siasatan yang dibuat itu selesai. Beliau perlu bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Dewan Pemuda Pas Pusat berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata. Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive