Sunday 23 December 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! KENAPA MANUSIA SYAITAN BAKAR BAYI ???




Ya Allah!Apa la salahnya bayi ni sampai dibakar..Binatangkah si pelaku?

Sementara itu..

Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya terburai sebelum dibakar.
Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.
Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.
Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
.


Mana hilangnya perikemanusiaan?Sampai terburai perut mangsa dibuatnya..
Dibakar apakan lagi..Betulkah bayi ni telah betul-betul mati ketika dibakar?


Sumber

2 comments:

  1. manusia sekarang telah kembali ke zaman jahilliah.
    Apalah dosa budak sekecil itu????

    ReplyDelete
  2. ni mesti kerja manusia separuh babi...tapi babi pun sayangkan anak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive