Saturday 22 December 2012

APA BERLAKU DI IPD KUALA MUDA SG PETANI ???


Belum pun reda isu pergaduhan di Sungai Petani baru-baru ini , tiba-tiba muncul pula cerita tentang satu kejadian di IPD Kuala Muda semalam.Di beritakan orang Melayu dan India dilihat berkumpul disekitar kawasan tersebut , apakah berlaku satu lagi pergaduhan seperti yang dilaporkan sebelum ini ?Sebelum ampa semua melayang lebih jauh tentang apa yang berlaku lebih baik ceritakan saja punca sebenar kedua-dua bangsa ini berkumpul.


Masyarakat berbilang kaum telah berhimpun dikawasan IPD Kuala Muda menunjukan sokongan mereka kepada masyarakat majmuk yang menyokong kedamaian dan ketenteraman di negara ini . Ketua - ketua masyarakat tersebut juga telah berikrar bahawa mereka akan tetap menyokong dan mendokong prinsip Rukun Negara yang telah menjadi asas keharmonian antara kaum di Malaysia.


Mereka mengutuk tindakan beberapa individu yang mengambil kesempatan “ menangguk di air keruh “ menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak berasas dan berbentuk provokasi.Mereka juga berikrar akan membantu Agensi Penguatkuasa terutamanya PDRM dalam memertabatkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Kuala Muda.


Baguslah kalau dah macam tu ini membuktikan bahawa keadaan sebenarnya sudah pulih cumanya tindakan kumpulan ini seharusnya dipuji dan menjadi isyarat jelas kepada semua pihak bahawa sebarang bentuk keganasan apatah lagi pergaduhan melibatkan sentimen kaum DI TOLAK. 

Lagi gambar di Facebook PDRM Kedah Kepada semua pihak hentikan sebarang bentuk penyebaran berita yang tidak benar kerana ianya mampu mewujudkan suasana panik dan rasa takut di kalangan masyarakat.Malah dengan memberikan maklumat dan laporan yang sebenar kita mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.Semoga keharmonian diantara sesama kaum terus utuh dan Malaysia terus makmur.

SUMBER


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive