Showing posts with label fam.sultan ahmad shah. Show all posts
Showing posts with label fam.sultan ahmad shah. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Pengikut Berbalah Di Twitter Kerana CT - KJ

Gara-gara teguran Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin, pengikut setia mereka berbalah di Twitter. Ramai yang menghentam Siti kerana ada yang menyifatkan penyanyi tersebut tak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata seorang pengikut Khairy, lapor mStar Online.

Pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut dan menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.

Peminat Siti kelihatan lebih berhemah membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

PT
Tepat jawtan KJ di Parlimen. FAM adalah institusi dan bukannya individu. Jadi tidak perlulah sesiapa melenting atau tak fasal fasal membela individu. Menteri intitusi manakala FAM institusi. Semua berlaku dalam konteks peranan masing-masing. Kepada Datuk ct nurhalija tolong faham yer!!!!

Saturday, 1 June 2013

Berani Sungguh KJ MengKilankan Presiden FAM ???


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan Baginda berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.

Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.

"Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda.

Khairy pada Jumaat, membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

SinarHarian 31hb Mei...


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.


FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darulmakmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Baginda bertitah selepas Mesyuarat Kesalamatan aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - Sumber


PT
KJ tegur untuk kemajuan bolasepak...dan rakyat tahu bagaimana FAM menjalankan tugasnya..sebab itu sampai sekarang masih di takuk lama. Begitu lah perangai FAM tak boleh ditegur atau pun diberi pandangan oleh sesiapa pun. Kritikan inilah yang menentukan halatuju bolasepak Negara. Kalau tidak dikritik, makin menjunam ranking Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive