Showing posts with label vila nabila. Show all posts
Showing posts with label vila nabila. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

Vila Nabila Terbiar 40 Tahun - Kerajaan Johor Ambil Tindakan

Villa Berhantu Akan Disemak Kerajaan Johor akan menyemak semula status banglo tinggal dikenali sebagai Vila Nabila di Jalan Skudai di sini, sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kediaman terbiar sejak kira-kira 40 tahun lalu itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan merujuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenai banglo yang mendapat liputan meluas selepas seorang remaja dikatakan hilang ketika memasuki rumah berkenaan.

“Saya akan tanya Datuk Bandar (Ismail Karim) dan melihat macam mana sebelum sebarang tindakan diambil. Kita ingin tahu sama ada cukai dibayar atau tidak,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perancangan dan Penempatan bagi Organisasi Rantau Timur (EAROPH) 2013 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang remaja didakwa hilang di banglo itu sebelum dia ditemui selamat bersama teman wanitanya di rumah rakan, keesokannya.

Sementara itu, tinjauan BH di banglo itu mendapati orang ramai masih berkumpul di depan kediaman berkenaan sejak kelmarin selepas berita kehilangan remaja itu tersebar di laman sosial.

Ada yang bergambar di situ, malah kehadiran orang ramai turut menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat meletak kenderaan di bahu jalan berhampiran banglo berkenaan.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive