Showing posts with label Bonus. Show all posts
Showing posts with label Bonus. Show all posts

Sunday, 17 August 2014

Bajet 2015!!! CUEPACS Tuntut Durian Runtuh Dua Bulan!!!

Bonus Bajet 2015 : Seperti biasa, menjelang Pengumuman Bajet 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2014 nanti, CUEPACS akan mengeluarkan tuntutan bagi “membela” nasib kakitangan awam, melalui Presiden yang terkini, Azih Muda, telah pun membuat tuntutan bonus sehingga dua bulan, sebagai “hadiah” kepada 1.4 juta kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat dengan baik sekali.

Antara alasannya yang dikemukakan kenapa Kerajaan Malaysia perlu memberikan bonus sebanyak 2 bulan adalah: Ekonomi Malaysia dilihat semakin memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada lebih daripada 5% dan dilihat tidak menyusut dalam tempoh 6 bulan.

Pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan kalangan penjawat awam di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam memacu perkembangan pembangunan dan pengurusan negara.

Kita tidak dapat menolak, sebenarnya, sudah agak lama juga kakitangan awam tidak diberikan bonus.Tetapi, dalam keadaan sekarang, pada kami, tuntutan bonus sebegini tidak perlu.

Pada kami, daripada diberikan bonus yang hanya sekali atau secara “one-off”, lebih baik sekiranya CUEPACS memperjuangkan kenaikan Elaun Perumahan serta Elaun Sara Hidup diselaraskan.Ini pada kami, lebih berguna dan memberikan kesan yang lebih baik pada kewangan.

Saturday, 8 September 2012

TUNGGU BAJET 2013 UNTUK BONUS - KSN




PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.

Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya. - Bernama


PT

PM kita sangat kuat bekerja. Malangnya segelintir daripada kita pegawai awam hanya kuat meminta tapi mutu kerja masih di tahap lama. Berubahlah dan sama-sama kita menjayakan GTP dan sokongan tidak berbelah bagi pada kerajaan YAB. Gaji baru saja naik, PM tetap bagi kita bonus separuh gaji. Aidil Fitri tahun ini kebanyakan kita mampu tersengih sebab ada extra dalam poket.

Thursday, 26 July 2012

SEMUA PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS 'AIDILFITRI' TERMASUK KAKI BANGKANG !!!


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menasihati penjawat awam supaya menggunakan bonus yang diterima secara berhemah.

Beliau berkata, pemberian bonus itu menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih selesa.

"Gunakan bonus yang diterima ini dengan bijak untuk keceriaan semasa Aidilfitri," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa Ketua Setiausaha Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive