Tuesday 8 May 2012

Layakkah Rahim 'mengkafirkan' TGNA?? - Datuk Mustafa Ali


PETALING JAYA: Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melabel Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' mengundang kecaman pemimpin PAS pelbagai peringkat.

Sambil menyifatkan sebagai keterlaluan, pimpinan PAS bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan Mursyidul Am mereka yang sebelum ini menyatakan bahawa adalah wajib menyokong perhimpunan Bersih 3.0 walaupun pada akhirnya ia dicemari keganasan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, bekas Ketua Polis Negara itu tidak layak 'mengkafirkan' pemimpin utama parti itu hanya kerana kenyataan tersebut.

Malah beliau turut mempertikaikan kewibawaan Rahim untuk melabel seorang ulama seperti Nik Abdul Aziz sebagai kafir.

"Siapa Rahim Noor? Siapa dia nak cakap begitu? Dia tak ada kewibawaan," katanya kepada mStar Online di sin, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Rahim yang melabel Nik Abdul Aziz sebagai 'bapa kafir' apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS mendesak Rahim menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan dan bersifat kurang ajar.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, perbuatan menuduh seseorang itu kafir adalah terlalu berat lebih-lebih lagi individu yang ditutuh itu adalah dikalangan ulama.

"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul?

"Kenyataan beliau dengan jelas menghina institusi ulama," katanya.

Selain itu Raja Ahmad turut menggesa Rahim agar segera bertaubat kerana membuat tuduhan berkenaan.

"Kami meminta supaya Tan Sri Rahim bertaubat dan beristighfar dengan segera." katanya.



5 comments:

  1. Sapa-sapa orang Islam pun layak sebab selama ini yang sering mengkafirkan orang islam lain bukankah orang yang sama (n ajis) maka itu layaklah beliau (n ajis) di gelar bapak segala kafir.

    ReplyDelete
  2. ITULAH BERKAT SELALU KAFIRKAN ORANG..................

    ReplyDelete
  3. HAHAHA..KENA TANG DEPA, HINGAQ SEKAMPUNG. YG NIK AZIZ DAN PEMIMPIN2 PAS DOK KAFIRKAN ORG UMNO SELAMA NI NK KIQA MCM MN? LAYAKKAH SEMUA TU NAK KAFIR2KAN ORG UMNO???

    ReplyDelete
  4. Rahim Noor kena suap dengan UMNO kot... Semua depa betoi... Orang lain semua salah... Yang bengkok semua depa nak pebetoi. Tapi kali ni boomerang patah balik dekat depa. He heh hehhh

    ReplyDelete
  5. Terkedu nikajis kena pukulan rahim noor..no komen nikajis kata...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive