Dari laporan yang layak dipercayai bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.
Cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.
"Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan," tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu, kenyataan itu menjelaskan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.
PT
No comments:
Post a Comment