Friday, 14 September 2012

BIAR BETUL !!! KERTAS PERCUBAAN SPM BOCOR DI FACEBOOK ???

Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kuala Lumpur serta Selangor, yang dijadualkan berjalan pada 29 Ogos lalu sehingga 21 September ini didakwa telah tersebar menerusi laman sosial Facebook.



Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng memberitahu, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen bahawa pautan kepada soalan tersebut dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

“Selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun apa yang menimbulkan persoalan sekarang ialah mengapa tiada tindakan diambil walaupun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, semakan pihak Sinar Harian di laman sosial tersebut pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah ditutup pada jam 3 petang tadi.

Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang dipercayai kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut.

“Saya berharap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus tepat seperti soalan sebenar,” katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive