Monday 7 May 2012

Kerana 'Viky Donor' Remaja Di India Dapat Imbuhan Derma Sperma


NEW DELHI - Jumlah belia yang menderma sperma di India meningkat dengan tiba-tiba selepas tayangan filem berjudul 'Vicky Donor', yang mengambil masa hanya 125 minit untuk mencapai sesuatu yang tidak berjaya dilakukan melalui kempen selama bertahun-tahun bagi menggalakkan golongan muda berbuat demikian.

Filem terbitan Bollywood arahan Shoojit Sircar ini berkisar tentang pendermaan sperma dan kemandulan.

Mula ditayang pada 20 April di kira-kira 750 pawagam di India, filem ini diisytihar sebagai filem 'super hit'.

Selepas 'Vicky Donor' memasuki pawagam, belia berbaris panjang di pusat in-vitro fertilisation (IVF) dan bank sperma untuk menghulurkan sumbangan mereka, lapor The Times of India.

"Pendermaan sperma kini tidak lagi dibincang secara sembunyi-sembunyi. Sebaliknya, ia dibahas secara terbuka - opsyen yang diterima ramai sebagai suatu usaha murni dan yang boleh menjana pendapatan tambahan," kata pakar kesuburan DrHimanshu Bavishi.

Penderma sperma ditawarkan antara Rs500 (RM27.51) dan Rs3,500 (RM193) bagi setiap sampel, bergantung pada kriteria kelayakan masing-masing dan permintaan pasangan yang inginkan anak.

Garis panduan sedia ada membenarkan seseorang lelaki menderma sperma sebanyak 85 kali sepanjang hayatnya.Bagaimanapun, pakar berpendapat pendermaan sperma lebih teknikal daripada yang didedahkan melalui filem itu.

"Sampel diambil dan disimpan di dalam inkubator selama lebih kurang enam bulan. Kemudian, ujian mengenai jangkitan dilakukan untuk mengesan pelbagai jangkitan, termasuk HIV.

Hanya selepas semua formaliti itu selesai, barulahsampel berkenaan digunakan. Bagaimanapun, ganjaran yang diberi tidaklah selumayan yang disangka oleh golongan muda," kata Bavishi. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive