Tuesday 8 May 2012

Hadiah Istimewa Sempena Vaisakhi - PM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan pelbagai hadiah istimewa untuk masyarakat Sikh membabitkan peruntukan keseluruhan RM4 juta bagi meningkatkan kualiti hidup termasuk bantuan keagamaan, pendidikan dan sosial, sempena sambutan Hari Vaisakhi.

Lebih bermakna, Perdana Menteri turut mengumumkan cuti tanpa rekod kepada penjawat awam berbangsa Sikh bagi memberi peluang kepada mereka melaksanakan tanggungjawab pada hari keagamaan itu yang disambut pada 14 April setiap tahun.

Bagi mengiktiraf peranan yang dimainkan rumah-rumah ibadat, Perdana Menteri mengumumkan pemberian RM1.5 juta kepada Majlis Gurdwara Malaysia pada tahun ini seperti yang diberikan pada 2011.

Melalui bantuan kewangan itu Najib berharap gurdwara di seluruh Malaysia dapat diselenggara dengan baik dan seterusnya membawa kepada suasana yang lebih sesuai dan selesa bagi penganut Sikh untuk mengamalkan aktiviti keagamaan mereka.

"Tambahan pula, saya difahamkan bahawa dana ini turut digunakan untuk membantu gurdwara yang mengalami kesusahan akibat bencana seperti banjir, kebakaran dan sebagainya," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Vaisakhi 2012 di Dataran Merdeka di sini, malam ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive