Tuesday, 4 September 2012

ZED DAN SHAM KAMIKAZE BERBEZA PENDAPAT TENTANG 'GANGNAM STYLE'


Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara Malaysia.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian jutaan penonton laman video terkemuka itu.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus telah mengangkat nama PSY sebagai superstar.

Tarian pelik yang seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud sebagai ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’.

Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. 


Terbaru penceramah bebas, Sham Kamikaze yang kini berhadapan tuntutan penceraian dari isterinya, menerusi Twitter peribadi beliau berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.
Eyriqazz Vs Denaihati
“Saya tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ia mendapat sambutan jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

“Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang sangat terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?

“Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT,” kata Sham Kamikaze.
 Bagi Zed Zaidi ....
Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian pelik ini.

Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun secara peribadinya Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.

“Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.

“Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang pelik. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.

“Selain itu secara peribadinya saya, semua ok sahaja. Tarian juga sangat lawak dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda,” kata Presiden Seniman ini.

“Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.

“Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman,” katanya.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive