Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.
Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.
Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini. SH
PT
Kesian betul la...tapi kesian lagi kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana gagal mentarbiyah Pakcik Yusoff ni. Gagal menjadikan pakcik tua ni jadi manusia yang betul dalam mengharungi sisa-sisa hidup....Pas oh Pas !!!!
No comments:
Post a Comment