Monday, 10 September 2012

SEHINGGA SAAT INI USTAD NASHA MASIH LAGI SELAMAT ???


KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Abdul Hadi.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: "Tunggu sajalah PRU13 nanti."

Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen.

Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya.

Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi

Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Beberapa anggota yang dihubungi Sinar Harian Online enggan mengulas mengenai mesyuarat malam ini atas alasan Majlis Syura hanya memberi kebenaran kepada Abdul Hadi untuk mengeluarkan kenyataan.

"Hanya Presiden Pas boleh bercakap. Ambil kenyataan Presiden... maaf kami tidak boleh bercakap," kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PT

Golongan pyokong anuar didalam pas yang paling kuciwa dengan keputusan majlis syura. Terutama sekali En Nik Aziz sebagai penyokong fanatik anuar yg juga sangat benci ust nasha. Agenda utama sidang majlis surau kali ni adalah untuk membincangkan kedudukan ust nasha.
Berita mangatakan perbincangan hangat dan panas bila masuk saja isu tentang ust nasha. Ugutan demi ugutan di buat hahahaha hingga ada yg ugut turut akan keluar sama ust nasha. ok Nik betul2 bengang dia tak sangka ada orang kuat ahli surau sayang sama ust nasha.

Esok akan dapat butir jelas siapa org kuat yg ugut mau keluar jika ust nasha di singkirkan.Kali ni aku mau gelak serta kasik tabik spring pada ust nasha kerana membuatkan pas kecut telor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive