KUALA LUMPUR: Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baru dikenali sebagai Malindo Air.
Najib berkata, syarikat penerbangan itu adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
Usaha sama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat diantara Malaysia dan Indonesia.
“Pada pendapat saya, akronim MALINDO – gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, malah juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.
“Dari segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya juga,”
ujarnya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat di sini.
Sumber
Satu stategi perniagaan yang baik, Lion air menyediakan kapalterbang, manakala NADI pula MRO facilities, jadi investment yang rendah untuk syarikat yang besar. baru betul.... new aircraft flying with efficient MRO, baru confident beb.... syabas.
ReplyDelete