Friday, 7 September 2012

PM SEDIA JUMPA KELUARGA BUDAK TUNJUK PUNGGUNG



Datuk Seri Najib Razak sedia berjumpa bapa Muhammad Ammar yang menunjukkan punggung atas gambarnya ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun, tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan.

Soal dia nak jumpa saya boleh diatur bila-bila masa, katanya selepas majlis Aidilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Media sebelum ini melaporkan bapa remaja terbabit, A Rahman Abdullah berharap dapat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.

PM sedia temui keluarga Sementara itu, Rahman berkata beliau bersyukur kerana Perdana Menteri sedia menemui keluarganya.

Alhamdulillah, ini adalah perkhabaran paling menggembirakan apabila Perdana Menteri menyatakan kesudian bertemu kami sekeluarga.

Insya-Allah, saya akan bawa Muhammad Ammar bagi meminta maaf secara peribadi jika Perdana Menteri mempunyai kelapangan dan sudi menemui kami ketika lawatannya ke Johor Bahru pada 22 September ini. - BH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive