Friday 28 September 2012

MUHYIIDDIN TERGELAK MELIHAT BELANJAWAN PR !!!



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan politik.

Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya.

"Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik.

"Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata.

Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan. "Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga.

PT
Bila PR jadi kerajaan, pakar ekonomi tersebut akan u-turn, semuanya realistik, Bajet terbaik, dan macam-macam lagi... Ini namanya pakar ekonomi cari makan...ulasan dari pencacai PR...yang peliknya 'bila' PR jadi kerajaan? Mungkin pada 16 Sept 2008 barangkali.. sebab itulah ketua pencacai telah membentangkan bajet mereka. 

Ada juga la manusia gila yang sanggup sokong bajet mereka, tak tahu lah nak kata apa sebab tanpa kerajaan pun PR boleh berangan dengan bajet mereka. Apapun masing-masing ada akal dan fikiran. Janganlah kita dibutakan hati dengan mengikut membabi buta kumpulan manusia yang terlalu laparkan kuasa dan jawatan PM. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah !!!

2 comments:

  1. Fikiran tak teratur. Gila talak nak kuasa.

    Persoalannya ada kah mereka layak untuk membentangkan?

    Langkah terbaik pembangkang ialah menjadi lebih baik dari BN di negeri negeri yang di kuasai dan tunaikan saranan manifesto mereka.

    Kerja kecil pun tak menjadi kini 'jaga tepi kain kerja orang'. Membuang masa pada hal tidak berfaedah tapi kawasan parlimen sendiri terbengkalai.

    ReplyDelete
  2. Tabiat pembangkang,kononnya apa yang mereka buatditerima oleh rakyat,mereka siang malam mencari kelemahan kerajaan BN dan mereka akan sampaikan kepada rakyat yang kerajaan BN ni penuh dengan kelemahan. Tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya membuka pekung didada mereka sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive