Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin danbendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.
Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.
Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.
Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
PT
Kerja macam ni biasanya dilakukan oleh penganut PKR-PAS-DAP ...pasai tok guru mereka kata tak salah buat macamtu atas nama perjuangan tambahan pulak kalau ada bantuan dari Syaitan.Apapun kita semua ada otak dan akal fikiran maka fikir2 dan renung2kanlah!!!
No comments:
Post a Comment