Tuesday, 4 September 2012

KENYATAAN SHAM KAMIKAZE DI FACEBOOK


KUALA LUMPUR – Selepas isteri kepada pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, iaitu Farazila Abdul Jabar, 31, mengeluarkan kenyataan menerusi mStar Online yang dia sudah memfailkan penceraian, Sham tida mengambil masa panjang dengan membuat kenyataan di Facebook, hari ini.

Farazila telah menfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Antara kenyataan yang dikeluarkan Shamril Mohd Salleh, 36, atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah “Mungkin anda telah, sedang ataupun akan membaca ‘kisah’ tentang rumahtangga saya. Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain.

“Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas. Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham.

Sebelum ini, terdapat dasas-desus mengatakan Sham telah berkahwin lain dengan wanita bernama Nurul Halimin Md Salleh, 32, pada 16 Januari lalu namun Sham dengan tegas menafikannya.

Tambahnya, dia berharap agar semua sahabat tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana-mana pihak.

“Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu kelemahan saya sendiri. Wallahu’alam. Barakallahu firman.” katanya.

Sehubungan itu, Sham yang kini bergelar pendakwah bebas harus tampil dan bersikap jujur bagi meleraikan permasalahan yang timbul.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive