Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau ingin dalang dan ‘desperado’ atau golongan terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
“Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini,” ulasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan yang dilangsungkan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata polis sedang giat menjalankan siasatan dan pihak Peguam Negara pula akan mendakwa jika terdapat bukti kukuh bahawa mereka terlibat.
Katanya pihak pembangkang sering menuding jari dengan menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan.
” Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan,” ulasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihak berkuasa Malaysia bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi memantau aktiviti pihak pemisah di sana yang dikatakan memacak Jalur Gemilang pada kebanyakan lokasi selepas pengeboman dilakukan di Selatan Thailand baru-baru ini.
Beliau berkata Kementerian Luar juga turut memainkan peranannya dalam menangani isu semasa ini.
No comments:
Post a Comment