Thursday, 6 September 2012

'EXTRA OFFER' PROGRAM KESETIAAN PELANGGAN - SEKS PERCUMA ???


Kalau bercakap pasal masalah rumuh urut di Selangor, penyokong pembangkang akan marah kata itu propaganda sahaja dan negeri-negeri di bawah BN pun ada masalah yang sama.

Benarkah?

Kalau ada pun, rasanya memang sukar untuk mengatasi masalah atau kanser yang sedang menular di Selangor. Selangor sudah terlalu tenat sebenarnya dalam isu rumah urut ini.

Berkata tidak atau hidup dalam penafian tidak akan menyelesaikan masalah di negeri berkenaan.

Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada‘Program Kesetiaan Pelanggan”.

Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.

Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa…

Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!

Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.

Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.

Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.

“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.

Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.

Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.

Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuaN antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.

Daripada jumlah itu, 214 merupakan wanita warga tempatan manakala 2,090 warga asing.

Selepas habis membaca berita ini, jangan lupa menonton klip video Special Offer…dan tengok…sama tak dengan Sunway Mentari punya kes…?


Sumber : AK47

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive