Pernah tak lihat bagaimana ketam berjalan? Kalau tak tahu, pergilah tanya kepada Nik Aziz dan juga kepimpinan Pas di negeri Kelantan. Mereka-mereka semua "pakar" tentang peribahasa "ibarat ketam mengajar berjalan".
Pemimpin-pemimpin Pas sibuk menuduh kerajaan pusat menggalakkan maksiat dan membiarkan gejala sosial berleluasa didalam negara, tetapi mereka lupa bahawa negeri Kelantan di bawah pentadbiran mereka lagi teruk keadaannya.Buktinya pembaca lihat video terbaru di bawah.
Pasti puak2 pencacai Pas dan seangkatan dengannya seperti Pkr akan menuduh PT membuat fitnah dan hanya rekaan semata2. Kenapa PT terpanggil untuk memaparkan video yang PT rakam semasa bersiar2 di Pantai Cahaya Bulan sekitar pukul 6.00 petang 2hb September 2012. Walaupun masih ramai pengunjung, beberapa pasangan sedang asyik bercengkerama tanpa menghiraukan orang2 yang beriadah. Gelagat dua pasangan itu sempat PT rakam untuk tatapan pembaca terutama para penyokong Pas.
Layakkah negeri ini di gelar Serambi Mekah? Jika ada kelapangan, datanglah sendiri menyelusuri sekitar lorong-lorong malam di Kota Bharu untuk melihat sendiri "ketenangan" malam negeri "Serambi Mekah" ini. Juga menghadiri mana2 pantai untuk melihat pasangan sedang asyik bercium dan berdakap tanpa menghiraukan pengunjung2 lain. Ops lupa mereka alim berangkali sebab si betina memakai tudung
Pelik kerana pentadbiran Pas yang memperjuangkan konsep membangun bersama Islam, peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiatnya semakin membimbangkan. Tetapi persoalannya kenapa pihak berwajib terutama JHEAIK atau MAIK tidak membuat pemantauan terhadap gejala maksiat ini??? Takkan lah sebuah negeri yang diperintah oleh seorang ulamak sanggup membiarkan pantai yang indah ini di cemari dengan perbuatan maksiat???
Siapakah harus dipersalahkan? Adakah ini semua salah UMNO/BN?? Inikah yang dimaksudkan dengan konsep membangun bersama Islam oleh Pas? Atau Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang bersalah???
Nik Aziz pernah berkata didalam temuramahnya dengan media mengenai peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiat di Kelantan,
"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis".
Apakah dengan khutbah serta ceramah sahaja sudah cukup bagi menangani semua salahlaku manusia didalam negeri Kelantan itu seperti mana kata Nik Aziz?
Apakah dengan memberi label Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?
Apakah dengan memberi label Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?
Inilah akibatnya apabila para ulamak Pas terlalu sibuk nak "menelanjangkan" kesalahan pihak lain sedangkan jubah sendiri terselak hingga menampakkan "kote" pun tidak disedari oleh puak-puak Pas ini.
tudung pink..ini puak mana..mesti putri
ReplyDeleteWalaupun adik perempuan saya pernah buat mcm ni tapi sekuarang2nya di tempat lain..bukan di kelantan! Tapi skg adik saya dah insaf hasil dari teguran bapa saya.. ~
ReplyDeletedude, saya ni ahli umno
ReplyDeletesaya harap blogger dlm ni tak perlu la nak kait semua ni dengan pas bagai
sama2 btulkan la, kita orang islam
bnda bukan kat kelantan je, negeri lain pun bnyak
takkan hanya sebab kat kelantan, habis kamu maki
respect, saya malu mengaku umno kalau awk post macam ni
Saya bkn nk kata....tapi saya percaya kata 2 Nik Aziz....sbb dia seorang ulama...bkn sng nk sdrkn manusia....nabi nuh dh berdakwah dkt 900 thun...tapi hanya brapa kerat jer yg ikut...jd mmg sah terpulang kt individu sme ad nk berubah atau tidak
ReplyDelete