Wednesday, 12 September 2012

BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT BUKAN MILIK PEMBANGKANG - TUAN IBRAHIM


KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang mendakwa parti pembangkang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, kenyataan dalam blog itu tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik pakatan pembangkang.

“Pakatan telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan pakatan.

“Pakatan menjelaskan tiada kaitan dengan pengendali blog tersebut dan kenyataan yang terdapat dalam laman itu tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti komponennya,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, pakatan pembangkang turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula artikel bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’. – mynewshub.my

3 comments:

  1. Dia ni apa jawatan dia dalam PR dia adalah ketua penerangan Pas pusat aja tapi apa juga yang berlaku samada pada PKR atau DAP dia awal2 yang memberi respon.

    ReplyDelete
  2. Pak sibuk dia nih....faham2 jelah...nak cari nama la sebab nak kekal jadi calon PRU13....

    ReplyDelete
  3. Napa pun PENERANGAN.. maka dia kena beri respon untuk menerangkanlah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive